Pages

Aug 19, 2011

Bahagia mereka bahagiaku jua

Katanya kebahagiaan itu apabila duit melimpah ruah, tidur beralaskan sutera, makan berdulangkan emas, dan melangkah dengan sepatu kulit yang silih berganti setiap bulan.

Hiperbola sungguh.

Katanya bahagia itu apabila anak mendapat keputusan 'straight As' dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM.
Katanya bahagia itu apabila mendapat projek berjuta-juta Ringgit yang melibatkan syarikat yang ternama.
Katanya bahagia itu apabila mendapat pujian rakan sejawat di pejabat kerana prestasi kerja yang membanggakan.
Dikatakan bahagia itu datang apabila keluarga dapat hidup dalam banglo sebesar beribu-ribu kangkang kera, pintu masuk dihiasi kenderaan mewah, dan orang gaji yang setia memerah peluh demi menjaga kebajikan keluarga rumah tersebut.
Katanya bahagia itu adalah apabila kita mendapat segulung ijazah di luar negara.
Dan adakah bahagia itu cuma menjelma setelah kita memiliki pasangan yang sempurna segala-galanya?

Adakah bahagia itu hanya datang apabila kita miliki segalanya seperti dalam kisah-kisah dongeng?
Adakah bahagia itu muncul hanya setelah Snow White bebas dari kekejaman si permaisuri tua?
Ataupun adakah bahagia itu dapat dirasakan apabila Cinderella telah menemui putera idamannya?

Namun ini adalah situasi yang sebenar. Ini bukan sebuah karangan yang berakhir dengan ".....maka saya pun hidup bahagia selama-lamanya". Jika kesempurnaan seperti cerita-cerita dongeng menjadi matlamat, sampai bilakah kebahagiaan itu akan wujud?

Bahagia itu tidak hanya wujud apabila anak telah menjadi pelajar paling cemerlang dalam sekolah, tetapi ianya juga wujud apabila si anak mencium pipi ibu bapanya sebelum masuk tidur.
Bahagia itu tidak hanya wujud setelah kita dianugerahkan sebagai pekerja contoh syarikat, tetapi bahagia juga hadir pada tiap-tiap malam yang kita telah luangkan dengan isteri dan anak-anak tersayang setelah pulang dari kerja.
Bahagia itu tidak semestinya hanya dapat dirasakan dalam rumah besar yang mampu membuatkan kera-kera pun kepenatan berlari di dalamnya, tapi bahagia juga ada di dalam rumah papan kecil yang penuh dengan kasih sayang antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga.
Bahagia itu tidak semestinya hanya akan muncul setelah kita menggenggam segulung ijazah dari university tersohor di negara orang, tetapi apabila masih melihat senyuman ibu, ayah, dan adik-adik memalui 'video call Skype'.
Bahagia itu hadir bukannya setelah kita memiliki pasangan yang sempurna untuk dibawa ke syurga, tetapi bahagia juga hadir sewaktu kita bersama-sama pasangan kita saling memperbetulkan kelemahan satu sama lain dan mempelajari lebih tentang diri masing-masing.

Bukannya salah kalau kita mengejar kesempurnaan, tetapi kerana manusia itu tidak akan pernah jadi sempurna, janganlah kita mengeluh setelah gagal mencapai 'kesempurnaan' walaupun telah memerah selautan peluh.

Sedarilah jika kita lupa bersyukur dengan perkara-perkara kecil yang berlaku di sekeliling kita sewaktu kita mengejar 'kesempurnaan' dan sekiranya kita gagal menemui' kesempurnaan' itu, keluhan kita tidak akan berkesudahan.

Sebaliknya, andai syukur itu sentiasa wujud dalam diri kita walaupun kita gagal menjejakkan kaki ke daerah kesempurnaan, kita akan sentiasa merasa cukup dan gembira kerana masih dikurniakan nafas dan masih berada di sekeliling orang yang tersayang.

Walaupun apa yang kita miliki itu tidak sempurna, bersyukurlah kerana perkara atau insan itu masih wujud di sisi kita. Sekiranya insan itu telah pergi, bersyukurlah kita masih mampu bernafas untuk mendoakannnya yang kini telah berada di alam barzakh.

...................

"Adik, sihat tak? makan apa sahur tadi? buka puasa nanti masak apa? study macamana? dah salji ke belum kat situ?"

Bersyukurlah kerana kita masih mampu mendengar ibu bapa kita bertanyakan soalan-soalan lazim itu.
Bayangkanlah apabila mereka sudah tiada... Ingat, jangan berhenti bersyukur kerana kita masih punya nafas untuk mendoakan mereka. Ingat.

Jun 2, 2011

Lupakan saja Theme Park $70 itu!

Bersama-sama member dari Minnesota yang datang melawat kami kat Buffalo ni, aku dah spend duit kurang daripada tiket nak ke theme park mahal2 tapi rasa best dia, memang best tak beragak. Kenapa kenapa?

#1. Jalan-jalan kat Niagara Falls then turun bawah naik kapal ooh!


 Time summer la paling sesuai nak ke sini. Musim lain, memang sejuk tak hengattt!

Tu baru jalan-jalan kat atas. Then dalam $14 je tiket nak naik kapal tu, memang berbaloi gila gila. Kenapa? Sebab serius aku rasa lawa gila Niagara Falls bila tengok dari bawah. Lagi-lagi time naik kapal dengan member semua.

Nah. Lawa ke tak lawa?

Kat bawah tu, memang air terjun dok terpercik habis. Memang kitorang macam mandi hujan weh!

Sebelum turun tu, memang semua orang pakai jubah kalis air yang besar gajah tu. Even aku pun longgar=.=.. Kalau tak pakai, alamatnya rosak la kamera kesayangan dan semua benda elektronik aku ni. Sama macam pergi selam dalam air ja kot..

#2. Then lepas tu, perut dah bunyi tak hengat dunia! Lunch at 3.30pm!

Ni Chicken Shawarma yang jual kat Venus Mediterranean Restaurant, memang sedap ah. Dalam ~$8 la, tapi kenyang gila tak tipu. Dekat jugak la dengan rumah dalam 10 minit naik keta.. Kedai ni baru bukak kurang setahun, tapi makanan dia boleh kira mantap la.

#3. Bila semua dah kenyang then otak pun boleh jalan, terjah Elmwood sikittt! Kos dia? Beberapa dollar je untuk minyak kereta. Kat Elmwood ni, ada macam-macam kedai yang diubahsuai daripada rumah, ada taman la. Boleh kira peaceful jugak la kawasan dia.


Aku tak tahu benda kejadah apa kat belakang tu, tapi rasa macam best pulak bergambar kat situ. Thanks kepada akak yang joging tolong amikkan pic.


Ok memang cun aku rasa kawasan ni.


Nak cakap ni pejabat pentadbiran British, memang tipu tak beragak la kan? Nak cakap apa pun tak tau la.


Then tetiba terjumpa patung ni. Lalu bergambar la kami dengan Encik Lincoln. Tah sapa yang rajin pakaikan topi kat kepala dia..haiya. Then malam tu nothing much. Selepas semalam, baru aku tahu Buffalo ni memang cantik jugak eh? hehe.

So far, ni la antara hari lepak terbaik time summer ni. Time midwest hari tu tak lepak sgt pun. Balik hotel, tido je keja aku. Penat la katakan main bola=p.. See you guys again!

May 31, 2011

Midwest International Games 2011

Mens' Soccer

group stage:
vs RIT won 4-0
vs Western Michigan won 3-0

quarterfinal:
vs Chicago won 3-0

semifinal:
vs Vanderbilt won 1-0.

Final:
vs Stevens lost 1-0.

Goals scored: 11
Goals conceded:1

What a run all the way to the final. Congrats both teams in the final.
ni pun rekod terbaik aku so far. berbaloi ah trip ni walaupun takde luck time final..


vs Dream Team from Chicago.Pasukan first yang dapat shot on target vs Team Minnesota. Mantap gila ah defenders semua!


Corner kick sikitttt....


Team Minnesota. Daripada tak lepas group stage tahun lepas all the way kepada 2nd place tahun ni. Respek ah korang!


Silver medal. Kalau ikutkan hati, memang nak 1st place. Tapi bila fikir yang kitorang berjaya progress ke 2nd best among 13 teams lain, had more possessions of the ball dalam setiap game then tak bolos gol lansung kecuali time final, syukur dah:)

May 20, 2011

Graduasion~

Alahai para seniors dah pun bergelar grads. Aku? setahun lagi rasanya insyaAllah..Ni aku nak cecita sikittt pasal beberapa commencement yang aku dah attend so far:

Ni satu family datang, memang best ooh!



Gambar sengaja dihitamputihkan untuk bagi efek tua sikittt=p

Dua orang seniorrrr time mula-mula sampai Buffalo dulu. Dua-dua baik, ayu, sopan santun.....er......uihh ampunkan saya Kakju! Saya cuba menipu tapi tak dapat=p
Walaupun setahun je lepak dengan diorang, tapi belajar macam-macam dah :)
Dua-dua dah dapat kerja pun skarang. All the best la ye.

 Then ni pulak graduation seniors kat PennState. Walaupun aku boleh kira kenal 1% je senior kat situ, tapi aku ikut je member ajak. Ramai gile kot. Time sebut nama grads from Biotechnology Department, aku rasa macam Malaysians Department je haha. Dalam berpuluh-puluh nama tu, ada la sorang nama mat saleh dalam department tu.


Ok kalau kat sana berpuluh-puluh grad dalam Biotech...Kat Buffalo? Boleh kira dengan jari uh...Paling ramai pun aku rasa Malaysians, boleh kira dengan jari tangan dan jari kaki..(still dengan jari kotttt)

Oh ni jugak first time aku cecah kaki kat PennState. Besar gak campus dia...Dan yang paling best, ice cream keluaran PennState. Serius terbaik uh!
Haa ni pulak graduation Brader Ali kat Canisius College. Setel~

Tahun depan kot-kot aku upload gambar graduation sendiri? haha.. All the best untuk setahun je lagi rakan-rakan Biotech dan Biology (lol dua orang je kot dalam major Biology=p)!

May 13, 2011

Akhir Spring 2011

Salam. Hai rakan-rakan!

Serius tak tipu lama gila aku tak update blog ni. Tiap-tiap hujung semester baru update. Aku dah jadi blogger dua kali setahun kot? Meh meh aku nak kongsi TOP 7 perkara yang aku rasa best dalam Spring 2011 aku XD:

1. Memasak ramai-ramai. Walaupun sesetengah benda yang dimasak tu ada je kat kedai, tapi time memasak itu yang enjoy :D




 2. Tak silap aku, nama program ni "Ini Peranan Kita" kat Rochester.. Banyak gak la benda yang dapat belajar time tu selama dua hari camtu.


3. Niagara Falls dengan member-member yang datang melawat kitorang kat Buffalo ni:D.. Sejuk gila kot time tu!




Ok serius tak tipu. Sejuk dowh. Kat bawah tu still bersalji kot....

4. Seterusnya, half-price Frappucino. Hoh minuman yang harganya dekat $5 (saiz gajah) tetiba jadi $2.5 camtu. Memang berbaloi masuk dalam blog nih haha=p


5. First time dalam hidup aku bawak van. Haha walaupun pernah je bawak MPV gi sana sini, ni first time la bawak van utk angkut barang juniors pindah rumah hari tu.

Er, aku bawak perabot actually, bukan pelarian=p :



6. Lepas tu, BBQ sikitttt! Aku pergi dua-dua. Kat North aku pergi, kat Amherst pun aku bantai. Then petang tu main bola. Memang jaga badan habis ah kan?=p





7. Bola! Akhirnya aku boleh bantai main bola outdoor petang-petang lagi. Walaupun takde la boleh buatkan aku kurus sebelum midwest, tapi fitness improve la kot=p

Ok itu hampir-hampirrrrr. Try lagi! (ahem, yang masuk gol ada kat fb=p)

Ok itu masuk! Ok la aku nak ke padang lagi utk beraksi sebelum berangkat ke Pennsylvania malam ni. Kepada semua yang nak balik Malaysia hujung minggu ni, have a safe flight:)

This is Bobby signing off.....