Ilmu ini sifatnya menerangi. Mari kita ambil contoh matahari yang menerangi bumi kita. Awal pagi dan lewat petang, indah sungguh tona warna cahaya yang terpancar menembusi kepulan awan di langit. Ramailah manusia yang tertarik hatinya ingin melihat matahari terbit atau matahari terbenam. Hati terasa tenang dan relaks saja melihat keindahan alam.
Ya, selalu kita dengar "jom pergi tengok sunset atau sunrise ke nanti?". Tak pernah lagi saya dengar "jom pergi tengok matahari terik tengahari nanti?". Mengapa? Kerana keterikan dan kepanasan yang dibawa oleh cahaya matahari yang terik pada tengahari itu membuatkan ramai manusia menyegerakan langkah mereka ke arah yang lebih teduh. Silap-silap kalau ada juga manusia melihat terus ke arah matahari yang sedang terik secara berpanjangan, silap haribulan buta mata dia kott.
Jadi rakan-rakan, bagaimana pula dengan ilmu?
Maukah kita sampaikan ilmu secara lembut, menarik 'warna'nya, dan indah ataupun mahukah kita sampaikan ilmu di dada kita dengan amarah, kata-kata yang mengguris hati, dan tanpa belas kasihan?
Contoh simple-simple saja saya bagi, hasil penerangan Ustaz Don tadi:
Kita bertadarus al-Quran. Ya, bertadarus itu amalan mulia. Tetapi dalam kumpulan kita tu, ada seorang pakcik baru belajar. Bacaan dia tersekat-sekat "fa'inna..fa..fa...". Dok tengok dekat-dekat, baru dapat baca. Kita pulak pergi tegur dia dengan nada keras "fa'innama!". Tak ke terguris hati dia? Silap haribulan dia yang baru nak belajar, esoknya dah tak datang lagi bertadarus dengan kita. Nanti di akhirat, apa kita nak jawab dengan Tuhan jika ditanya:
"Dia dah berusaha datang bertadarus, tapi apa pasal pergi tegur dengan takda adab sampai dia berhenti datang tadarus?"Tak ketar ke lutut kita nak menjawab time tu tuan-tuan puan-puan?
Lebih kurang begitulah apa yang disampaikan tadi. Renung-renunglah. Saya harap tak saya pun tak akan mengasari sesiapa dalam berkongsi ilmu saya yang sedikit ini.
Selamat menikmati Ramadhan yang tinggal kurang tiga minggu saja ni.