Sambil berjalan sorang-sorang, aku membayangkan kat sekeliling aku ni pokok yang dah luruh daunnya. Kalau berdaun pun, kaler dia coklat. Pergh musim luruh la siot! Rumah-rumah semua style macam kat negara barat. Takde pagar. Nak cari orang rambut hitam, susah ah. Ramai kaler perang je aku nampak.Pastu bila terserempak dengan mat saleh pula, aku kasi greeting.
"How are you doing I'm fine thank you"
lalu berjalan cepat-cepat tanpa pandang belakang. Amik kau, aku kasi greeting siap dengan jawapan semua dalam satu nafas. Nervous takut mat saleh tu soal macam-macam, maunya terbelit lidah aku menjawab. Ayat tu pun belajar dari cite James Bond zaman tu.
Dan aku pun berangan la bajet aku ni cakap English macam James Bond, padahal tau ayat sepatah dua je. Cis.
Sambil aku berjalan di tempat yang macam overseas tu, tiba-tiba terdengar pulak sayup-sayup suara memanggil aku...
"Jebon...jebon..."
Kuang aja panggil aku Jebon. Aku James Bond Kampung Durian la!
Pelepakkk!! Kepala aku dipukul dari belakang.
"Woi Jebon! Keje ko berangan pastu sengih sorang-sorang eh? Tu la ko, orang suruh menikah takmau. Kan dah gilo dok senyum sensorang" sapa Kasim dari belakang. Bila pulak mamat ni ada belakang aku. Potong stim aku tengah berangan betul la..
"Gini la Jebon, aku sebagai kawan ko sehidup semati ni taknak la tengok ko membujang je"
"Dah tu ko nak menikah dengan aku?"
"Buduh ape. Nabi tak mengaku umat tu! Psst meh ikot aku lepak kat warung Pakmat jap. Aku jamin ko takkan nyesal.."
"yo lah....."
Aku ikut je la Kasim. Selalunya memang aku selalu singgah kejap kat warung Pakmat pun lepas menoreh getah. Dapat pekena milo ais ke sikit time badan tengah panas ni. Time tu milo ais baru berapa puluh sen. Tak macam sekarang. Dua hengget! dem. Lepas tu lawan dam pulak dengan Kasim yang tak pernah menang lawan aku. Pakmat pun dah kamcing sangat dengan aku. Silap haribulan dia kasi aku refill milo ais free ja. Nikmat!
Baru je aku nak teguk milo ais tu, tiba-tiba Kasim bersuara..
"Haa bon ko tengok tu bon..."
"Amende?" terjuling aku mencari ape bende la mamat ni nak tunjuk kat aku.
"Tu haa dia dah datang dahh. Cun macam Saloma aku tak bohongg!"
Kelihatan seorang gadis datang bersama sebakul kuih muih untuk dijual di warung tersebut. Mak aih, ayu gila. Sopan, lemah lembut pulak tu. Hmm, hairan, tak pernah pulak aku tengok gadis ni sebelum ni kat Kampung Durian. Dari Kampung Nangka kah?
Dan aku mula berangan-angan lagi....kalaulah aku dan gadis tu bercinta.........
*sound efek untuk start berangan-angan*
Angan-angan aku dimulakan dengan aku dan dia sedang sama-sama menyanyi di celah-celah pokok.
Setelah penat bernyanyi..
"Sayang, sayang sayang tak kat abang Jebon?"
"Hikhik, mestilah sayang" sambil berlari ke batang pokok nak tutup muka la kononnya. (ok ni memang gedik nak mampus)
"Aduh!!"
"Kenapa sayang?"
"Tak ada apa-apa bang Jebon. Sayang terlanggar batang pokok ni ja...."
"...........=.=.........."...terdiam. Bangang jugak dia nih. Selepas terdiam untuk 10saat, aku menyambung bicara:
"Apa buktinya kamu sayang sama abang?" (ok kali ni dah nampak muka buaya)
"Hikhik. Abang tanyalah apa-apa sahaja sama sayang. Sayang mesti jawab" sambil membetulkan selendangnya lalu berpaling ke belakang. Euww.
"Sayang, kalau abang ni kumbang, sayang jadi apa?" sambil buat muka semalu-malu mungkin.
"Kalau abanglah kumbangnya, sayang jadi bunga..hikhikhik"
"Kalau abang jadi bulan?"
"Sayang jadi bintangnya!" Auww bintang pulakkkkkk. Ok aku bercakap sorang-sorang sambil kononnya memperbetulkan rambut belah tengah ku.
"Ehem.....kalau abang jadi gelas, sayang jadi apa?"
"Sayang jadi air kosong. Nah amik ni!"
SPLASH! Kuang ajar. Muka aku disimbah air oleh Kasim. Sekali lagi angan-angan aku habis camtu je. Dah la awek jual kuih tadi dah blah. Cis!
"Psst Jebon, aku dengar kat Kampung Nangka, ada sorang bomoh reti adjustkan kalau ko berkenan kat sapa-sapa..." bisik Kasim.
Dan aku terasa macam ada dua bijik tanduk kat kepala aku secara tiba-tiba. Ngeh ngeh ngehhh. Plan baek akan bermula tak lama lagi!
****************************************
Malam esok harinya, setelah Kasim yang memang bijak jadi stalker tu berjaya dapatkan sekeping gambar gadis tersebut, dan aku pula berjaya mengumpul beberapa bahan untuk dijadikan pengeras kat bomoh nanti, kitorang dua terus cabut ke rumah tok bomoh.
Seram sejuk je sewaktu aku dengan Kasim dalam perjalanan ke rumah tok bomoh. Terdengar salakan anjing yang selama ni tak pernah aku dengar. Cis, director cerita ni buat-buat lupa kot kat kampung ni mana ada orang bela anjing!
Bau kemenyan semakin kuat. Konfem rumah tok bomoh makin hampir! Sesampainya kami kat depan pintu rumah tok bomoh, aku memberi salam dari bawah.
"Assalamualaikum tok!"
Diam. Salam tidak berbalas. Anjing pulak yang menyalak. Cis lagi.
"Assalamua....."
"Waalaikumsalam!Masuk anak. Masuk...kamu berdua!" Wah, memang power ni bomoh. Dia boleh tahu kitorang ni ada dua orang. Cun lah. Tersengih-sengih aku masuk ke dalam rumah tersebut. Hikhikhikhik.
"Duduk anakku...." kelihatan seorang tua berpelikat tanpa berbaju dengan kain hitam terlilit di kepalanya yang dah botak licin tu. Nasib baik malam, kalau tak silau aku dibuatnya.
"Er, tok, kami ke mari ni ada hajat nak mintak tolong dengan tok.."
"Hajat apa itu anakku? Ceritakanlahh" katanya sambil mengasapkan keris di tangannya.
"Eh takkan atok tak tau kot? Kata power..." Pang! Tak pasal-pasal mulut aku kena tampar dengan Kasim..
"Maaf tok, kawan saya ni excited sangat sampai tersasul.." Kasim tolong cover. Cis kau.
"Er, maaf tok. Sebenarnya saya ada berkenan sama satu gadis ni. Lagipun saya dah bosan la membujang. Nak jugak ada orang nak kongsi suka dan duka. Hikhikhik..."
"Jadi kamu berdua sudah bawak pengeras yang aku mahu?" tiba-tiba muka tok bomoh bertukar serius.
"Bawak bawak..." lalu aku segera menghulurkan bungkusan pulut kuning yang tak habis time kenduri kahwin jiran aku petang tadi.
"Gambar?"
"Er, ini gambarnya tok..." aku mencari gambar yang tersorok di celah kain pelikatku lalu menghulurkan gambar tersebut kepada tok bomoh.
Tiba-tiba seorang anak dara yang cantik rupanya muncul dari dapur dengan membawakan kopi-O ke ruang tamu...
Dan ketika tok bomoh itu sedang melihat dengan teliti gambar gadis idamanku, aku pula tergamam melihat gadis yang baru sahaja menghidangkan air kepada kami. Aku tengok Kasim pun sedang terbeliak melihat gadis tersebut.
"Apakah perempuan dalam gambar ini kerjanya menjual kuih di kampung seberang, dan namanya Siti Sunti?"
"Er..ya benar tok bomoh.." jawab Kasim perlahan-lahan.
Cis. Aku dapat rasakan sesuatu buruk akan berlaku.
KRAKK! Keris di tangan tok bomoh menyembah lantai kayu. Terbelah lantai kayu rumah dia aku tengok.
"KAU ORANG NAK TACKLE BINI AKU????!" jerit tok bomoh. Rasanya macam baru kena pekik dengan seekor singa lapar.
Kali ni aku dan Kasim ambil langkah seribu tanpa menoleh sikitpun ke belakang. Ampun mak. Kali ni Jebon redha je dengan perempuan pilihan mak.
Pesanan khidmat masyarakat: Bagi golongan yang asyik bergantung kepada bomoh, sudah-sudahlah. Nak kawen jumpa bomoh. Nak kaya jumpa bomoh. Dengki kat orang jumpa bomoh. Bila bergantung kepada bomoh, kita ni jadi hamba siapa?













