Apa yang kau buat dalam empat minggu ni, hah?
Jawapan: ada la jalan-jalan sikit dengan family dan lepak-lepak sikit dengan member yang dah lama tak jumpa.
Padahal aku buat lebih daripada tu. Konfemlah aku merasa pelbagai benda yang aku dah lama tinggalkan. Mari-mari kita terjah senarai perkara-perkara tersebuttt. Tapi sebelum tu, aku nak umumkan kat sini. Aku sekarang bukan lagi budak yang tinggal di KL. Aku dah jadi budak.....Kuala Selangor....... Sejam lebih dari KL. Penat juga ulang-alik kalau nak jumpa member.tskkkk.
1. Haa aku rindu dengan kucing kat rumah aku walaupun sebelum ni tak pernah jumpa. Kucing ni milik orang sebenarnya, tapi suka datang rumah aku. Aku dengan family aku pun apa lagi. Layan je la. Nama kucing ni pon aku taktau.
2. Ke Mid Valleyyyyyy. Dulu maunya tiga empat kali seminggu gi sini kalau dah bosan gila sebab rumah dekat gila dengan mid....dulu ah. 3 minit je kot. Tapi kali ni, baru aku merasa jauhnye nak gi shopping mall..
3. Then aku telah berjumpa dengan bangkai-bangkai dari Fa-C Team walaupun tak semua ada time tu. Lepak kat Pakli makan nasi ayam lemon dengan chicken chop. Layan weh!
Alahai Hanis tak pernah berubah gaya gelak dia. Macam nak pengsan je gayanya. ha ha. Aku juge dah melawat Cemara sebelum jumpa dengan bangkai-bangkai tersebut.
Tak banyak pun dah berubah. Intec ah kot aku rasa banyak perubahan. Siap ada masjid baru lagi beb.
4. Lepas tu, aku ade juge melepak bersama budak-budak dari PennState ke rumah Allahyarham Bulan berjumpa dengan ahli keluarga beliau, sebelum makan malam kottt dekat The Gardens.
Keluarga yang tabah.
5. Aku akhirnya pulang lagi ke kampung setelah setahun tak balik...sebab aku kat US lahhhh. Selain nak jumpa saudara-mara juga, plan asalnya nak jumpa tiga orang member kat kampung: Izmer dari Pennstate, Fesha dari USM, dan Natasha dari IMU. Last-last lepas try sana-sini, sempat jumpa Natasha sorang je lahhh dan membernya, Hairis yang juga member kepada beberapa orang member aku. Oh kecilnya dunia~
Rasanya lebih satu tahun setengah jugak tak jumpa dia ni haa....
Kat bawah ni pula sepupu-sepapat aku haa yang kecik la lagiiii..
Comel weh.comel budok ni.....
Main PS II sampai tak hengattt dunia hah. ha ha.
6. Aku juga telah menjadi tukang kejar hidupan liar lah kot sebab tak banyak tempat nak pergi kat Kuala Selangor ni. Masuk taman tu, naik bukit ni... Naik guna kereta lah tapi...
Taman Alam. Tak sempat explore jauh sebab time datang, dah lewat. Tapi sepanjang aku jalan-jalan kat taman tu, takde apa sangat pun yang menarik. Best lagi Bukit Cherakah kot.
Merenung masa depan punya posing. Cis. Tahu juge ko berposing eh... Ok, aku dah tengok monyet-monyet ni dua kali. Dah bosan dah.Taknak naik atas Bukit Malawati lagi untuk tengok monyet.
7. Haa, akhirnya aku main futsal kembaliiiii kat Malaysia. Walaupun aku dah berkarat dan tak fit macam dulu, main je lah. Lepas gian punya pasal.
Jauh juga sampai ke Cheras nak main ni.Cih, next time dekat sikit wehh.
8. MEATBALLS! IKEA Meatballs adalah terbaekkkk. Aku dah berjaya melepas geram dengan melantak 10 biji meatballs yang memang sedap tu:D
Daging-daging dalam bentuk bola. OOH!
Agaknye korang berselera tengok makanan tu ke tengok muke aku yang aku rasa geli juge tu..cis cis. Thanks to Fatin dan adiknya yang telah bawak aku makan benda ni. Kalau suruh aku pergi sorang, susah beb. Aku mana biasa sangat kawasan Bandar Utama tu. Fuh.. Sedap terbaik!
9. Belum habis lagiiii. Tak lama kemudian, pada satu hari Sabtu, aku dengan Adib dah merayau ke Putrajaya melepak dengan Nadzmi panjang mengambil beberapa pics:D
Ni lah mamat bangkai sorang lagi yang hampir nak kena saman dekat Sungai Besi kott. Ha ha ha.
Adibgay. Aku tak tahu apa nama tempat ni. Atau aku dah lupa kot Nadzmi cerita pasal tempat ni hari tu:p. Tapi memang cantik ah pemandangan kat sini.
Tepi masjid Putrajaya. Nice juge pemandangan di sini.
Chantek juga. Ooh..
Selepas puas aku menjelajah Putrajaya , aku, Adib, dan Nadzmi pon meredah jalan ke rumah Azizi berbekalkan GPS dan doa supaya tidak sesat banyak sangat:p
Berguna juga benda alah ni ehhhXD
Lepas sampai ke rumah Azizi selepas berjaya sesat at least tiga kali, aku dan Adib blah pergi F&N Fun Fest @Bukit Bintang. Layannnnn beb! Kitorang park dekat Pavillion then jalan kaki ke tempat fest tu. Sampai-sampai je, baruuu start.
Hosts, Awal and Denise Keller.
First performance by Liyana Fizi.
Haha ni first time tengok performance live beliauuu.
Oh. Belon oren ada di mana-mana!
Then sebab nak elak traffic jam lagi teruk, aku dan Adib terpaksa blah awal. Tsk.....
Then setakat itulah so far summer aku di Malaysia. Aku ada tiga minggu lagi. Plannya ingat nak lepak dan Sufi dan Qam esok sebelum puasa ni, lepas tu pergi dengan Yaye ke IMU kot nanti jumpa budak-budak tu before aku balik US. Then menikmati Ramadhan di negara sendiri sebelum berlepas ke negara orang. Serius bulan puasa lebih best kat negara sendiri. Suasana memang mantap. Aku tak maksudkan makanan je ni. Tapi suasana di masjid dan surau-surau berhampiran rumah. tskk.
Salam Ramadhan. Moga kita semua dapat sesuatu daripada Ramadhan kali ni, bukan sekadar dapat juadah berbuka semata-mata:)






No comments:
Post a Comment