"Jauh lagi ke nak sampai sana abah?" tanyaku sambil memandang ayah.
"Lepas traffic light tu je," balas ayahnya ringkas.
"Aa..aa...ACHUM!!" bergegar satu kereta Saga itu dengan bersinku. Aku menekup hidungku dengan tisu. Ah, hidungku sudah kembali berair. Muka pun kembali kurang selesa. Sudah bertahun-tahun aku hidup dengan resdung ni. Makan ubat hospital, sudah. Ubat klinik, sudah. Sudah tiba masanya untuk aku mencuba cara Perubatan Islam pula.
"Kamu ni dari kecik lagi macam ni. Mak pun dah taktau nak buat apa. Sabarlah, nak sampai dah ni.." kata ibuku sambil menghulurkan sehelai tisu lagi kepadaku.
Tiba-tiba abah memperlahankan kereta, lalu kelihatan dari jauh 'Pusat Perubatan Islam Darussyifa' yang terletak di penghujung jalan ke atas bukit sedikit. Setelah menemui tempat parking terhampir dengan tempat itu, kami pun mula menggagahkan langkah ke atas bukit. Tak tinggi sangat pun, tapi bila dah lama tak excercise, semput sikit lah jadinya.
Hmm, pusat perubatan ni bukan macam klinik. Mati-mati aku ingat macam klinik la. Mana tau ade kaunter yang ada nurse semua tu. Tengok-tengok, rumah dua tingkat yang diubahsuai jadi pusat perubatan rupanya.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kawasan perubatan itu, terpampang besar satu banner di atas pintu masuk rumah itu:
"KESALAHAN-KESALAHAN WANITA DALAM MENUTUP AURAT"
Oh, banner ni ke? Familiar jugak lah. Dah banyak kali aku jumpa. Tak sangka, dekat pusat perubatan Islam pun kena tampal ke. Aku ingatkan masing-masing dah tahu sendiri lah adab berpakaian macamana, lagi-lagi bila nak datang jumpa dengan ustaz ustazah untuk mendapat rawatan.
Setelah ibu mendaftarkan nama aku di buku giliran, kami kembali keluar rumah dan duduk di luar sahaja memandangkan ramai sangat orang sedang menunggu giliran di bahagian ruang tamu rumah. Hmm, ramai juga eh orang datang berubat kat sini. Tapi baguslah, daripada sakit sikit je, jumpa bomoh. Kucing hilang, jumpa bomoh. Anak nak berak susah, jumpa bomoh. Kan lagi baik berubat cara Islam daripada bergantung kepada bomoh. Hai ape nak jadi masyarakat.....
Tiba-tiba kedengaran suara beberapa orang dari luar rumah. Aku menjenguk. Mesti orang datang untuk terima rawatan lagi. Memang famous jugak eh tempat ni. Aku je kot tak tahu dulu..
"AaaaaaaCHUM!!!" sekali lagi aku bersin. Rasanya macam hidung aku dah tercampak ke dalam longkang rumah sebelah dah. Adoi....
Aku menyapu mukaku, kemudian membuka mataku dan terpandang satu keluarga yang baru sahaja memasuki kawasan rumah perubatan Islam ini..
Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an yang sedang mendukung anak kecilnya masuk bersama seorang wanita dalam usia awal 30-an. Bertudung, tapi ala-ala artis. Belakang tudung tutup habis. Depan, rambut nampak merah. Adoi, berkebaya pulak dengan belahan dekat betis.
"Mak aih. Apa ni? Dah terang-terang ada banner kat atas tu suruh tutup aurat dengan sempurna, boleh pulak dia ni buat bodo main masuk je dengan pakai macam ni?" aku cuma meluahkan ketidakpuasan itu secara diam-diam sahaja. Aku kemudian memerhatikan wanita tersebut apabila dia di hadapan pintu masuk. Hulamak, takkan tak perasan kot banner tu? Buat bodoh je? Aduh, apa nak jadi....
Hah, inilah masalahnya. Bukan sekali dua aku perasan perkara ni berlaku, tapi banyak kali. Setiap kali aku ke pusat perubatan ni, ada sahaja 'fashion show' percuma berlansung di sini.
Agak-agaknya, kalau ditegur, ini lah kot contoh-contoh bakal respon yang bakal aku dapat....
"Cik, saya rasa la kan, pakaian cik ni tak tutup aurat dengan sempurna. Apatah lagi nak berubat mengikut cara Islam ni......" dengan nada sehabis sopan aku cuba menegurnya.
"Ewah-ewah, baju aku ni siapa yang beli? Laki aku yang beli tau. Eh tak, yang ni, aku yang beli sendiri tau! Kau apa sibuk apa aku pakai?"
Boleh jadi, itu respon yang akan aku dengar. Betul la puan, baju puan tu bukan saya yang beli. Tapi...ape ni puan. Nak berubat, mintak tolong dengan Allah, tapi pakai nak melawan hukumNya. Apa ni puan?
Takpun,
"Eh, bapak aku tak pernah tegur pun, awak ni siapa nak sibuk?"
Haa, aku rasa tu respon yang normal aku akan dengar. Ye la cik puan adik oi, bapak awak tak tegur, tapi masalahnya bukan dia yang gerenti awak masuk syurga nanti oiiii.
"AAAACHUM!"...adoi aku dah la resdung. Kang berdarang hidung pulak minah ni dok pakai seksi depan aku..CIS!
"Dah tu, buatpe pandang saya pakai macamni kalau taknak dapat dosa? Mind your own business!"
Adeh, ayat nak pedih je.
Ye la cik puan yang rasa diri cantik dengan membuka aurat. Memang saya taknak pandang dah. Tapi cuba kira dan jamin berapa juta jantan lagi ada kat luar sana TAKKAN pandang awak juga. Awak pakai seksi, dah dapat satu dosa. Kalau mereka ghairah dengan pakaian awak, awak dapat satu lagi dosa. Cik, saya ni dah bosan nak baca suratkhabar asyik tajuk rogol je keluar. Rogol, cabul. Tak cabul, rogol. Memang kaya lah harian Metro macam ni. Sekarang salah siapa? Tak boleh nak salahkan laki je kan, cik puann?
Pendek kata, kalau nak bertudung, janganlah sampai jadikan fesyen itu alasan anda bertudung. Itu dah menghina rahmat yang Allah bagi kepada kaum wanita. Tudung itu untuk melindung kaum wanita, janganlah awak jadikan tudung tu macam pakaian biasa. Bila nak pakai, awak pakai. Bila taknak, awak sorok tudung tu kat rumah dan biarkan semua orang lihat rambut awak tu. Bila bulan-bulan lain, awak bukan main lagi free hair sana sini. Masuk bulan puasa, bertudung. Masuk je satu syawal, eh free hair balik?
Apakah semua ini?
"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,"An-Nur, ayat 31Tak ada pulak dinyatakan wajib bertudung kalau nak ke kubur sahaja ke, atau nak ke majlis tahlil sahaja ke, atau bila tiba Ramadhan sahaja ke.
"Awak jangan ingat saya tak bertudung, saya ni sama dengan gadis-gadis liar di luar sana!"
Eh saya tak cakap pun awak ni jahat. Betul ni. Saya cuma tegur perbuatan tak bertudung awak tu je. Awak ni baik sebenarnya. Saya pun serius selesa berkawan dengan awak. Cuma, saya sedang membantu awak untuk memperbaiki diri awak untuk kebaikan di dunia dan akhirat juga. Erm, ni satu artikel untuk awak baca. Saya harap, lepas ni kalau awak ada niat untuk berubah, awak berubah slowly. Jangan drastik sangat, nanti awak pula tak mampu dan awak akan rasa susah ok. Kalau niat berubah tu kerana Dia, pasti dia akan bantu awak.
Awak, saya pun tak sempurna. Saya pun banyak silap tau. Tapi tanggungjawab kita, amar ma'aruf nahi mungkar tu takkan berlaku kalau semua manusia nak jadi sempurna dahulu, dan tiada manusia yang perfect. Apatah lagi sebagai lelaki, saya ni akan jadi pemimpin wanita nanti. Jadi, saya tegur awak kerana kalau boleh, saya nak kawan-kawan saya pun jauh daripada laranganNya.
Oh awak, maaf kalau terkasar bahasa eh. Saya tak berniat buruk pun.
macam novel cintan cintun bertemakan agama la pulak jadinye...

ahaha...ni sgke buruk tahap langit ke-enam ni...
ReplyDeletetp takpe, cam respon yg mungkin ko dpt tu biase jer.
cam dah jadi norma. bile nasihat, suh kite cermin blik diri. klu cmtu, tak ade la ungkapan "nobody's perfect" kan?
Betul la kate Nabi s.a.w, Islam akan kembali asing.
bukan sangka buruk beb...pengalaman pengalamannnnn.
ReplyDelete