Selain daripada berjalan dan berjalan keliling kota dan desa sewaktu cuti ni, aku juga ada aktiviti lain di rumah. Antara aktiviti-antara utama yang aku nak kongsi adalah...
#1. Memantapkan teknik-teknik fotografi.
"No matter how hi-tech your device is, the most important thing first is to have the right technique"(satu website yang aku dah lupa mana satu=p)
Jadi, supaya tidak membazirkan peluang aku ke negara orang ni, lebih baiklah kalau aku belajar macamana nak capture moments kat negara orang tu secantik yang aku mampu. Taknak lah 'precious moments' kat luar negara ni terbazir sebab skil fotografi aku yang hancur kan=D
Bagi yang berminat nak improve teknik dan skil fotografi masing-masing, boleh lah tengok-tengok link kat bawah ni ye..sebelum tu, kalau ada nak tahu lebih tentang istilah-istilah yang digunakan, sila-silalah tengok link ni ya.
1. Bagaimana nak 'compose' sesuatu gambar tu.. Macam nak compose karangan, gambar pun ada teknik-teknik dan panduan tertentu.
2. Apa tu 'aperture','shutter speed', dan ISO. Walaupun sesetengah kamera compact tak boleh nak kawal nilai aperture dengan shutter speed secara manual, tapi kalau faham kegunaan dia, berguna juga:)
Nilai-nilai kat bawah gambar di atas tu macam familiar je kan? Apa tu 1/125, apa tu F4.0, dan apa tu ISO200? Jadi, artikel di atas tu akan terangkan apa fungsi mereka, kenapa gambar kabur sewaktu malam, ataupun kenapa gambar kurang jelas sewaktu cahaya kurang, dan macamana nak atasi masalah-masalah tu supaya gambar lagi chantekkkk. Artikel yang ini pun sangat berguna juga, lagi-lagi kalau kamera yang anda guna tu boleh control shutter speed dan aperture.
3. Macamana nak jadi kreatif? Sesetengah orang yang aku jumpa, memang kreatif habis. Tak bosan bila tengok hasil gambar-gambar yang dia ambil. Mungkin gambar dia macamni, takpun macamni, takpon begini?
4. Anda ada anak kecil? Erk takde? Then ade sepupu kecil? Takpon anak saudara ke? Budak-budak ni memang comel..time kecik ah. Harap-harap time besar pun comel. Jadi sewaktu kecomelan mereka berada pada tahap maksimas ni, marilah ambil pics diorang dengan menarik:)
5. Gambar terlebih terang? Terkurang terang? Pernah perasan histogram ni tak sewaktu nak snap pic?
Histogram tu ada guna beb. Percayalah.
Memang lama ah nak menaip kalau aku nak explain semua. Jadi silalah lihat link ni kalau berminat ye:D
Haa, kemudiannya,
#2. Pernah tak anda ditanya soalan seperti...
- "Kenapa Allah tidak pernah memakbulkan doa-doa saya ? Sedangkan Allah berjanji setiap doa yang dipohon hambanya dimakbulkan",
- "Mengapa pula berlaku diskriminasi pada wanita dalam pembahagian harta pusaka ? Bukankah Islam mengutamakan hak wanita dalam semua perkara ?"
- "Jika Allah Maha Penyayang, kenapa orang kafir dibakar selama-lamanya di dalam neraka ?"
- "Kenapa Allah menyuruh malaikat dan iblis menyembah Nabi Adam ? Sedangkan menyembah makhluk adalah perbuatan mensyirikkan Allah."
Adik aku ada cadangkan aku baca sebuah buku, yang mana aku dalam proses nak habiskan:)
imej dari satuhala.blogspot.com
Serius, buku ini menarik. Persoalan-persoalan yang dikupas dalam buku ni sememangnya menambah ilmu bagi yang beragama Islam sendiri, dan merupakan penjelasan yang baik bagi non-muslim yang berminat mempelajari Islam.
InsyaAllah aku akan bawa buku ini ke US nanti, mana tahu ada member berminat ke.




awat 2 ja xtvt? patotnya byk lg nih. cth, dtg melawat aku, blanja aku makan, antaq kad raya kat aku. haa. baru byk sket. :D
ReplyDeletehehe. melawak ja. slamat berpuasa! :)
menarik lah zul, thanks for sharing!
ReplyDelete@dekja..byk lagi ooh aktiviti. macam kat post sebelum ni:D..slmt berpuasa jugakk
ReplyDelete@mazni..sama-sama dan terima kasih jugakk.
bwk buku ni balik us..nk baca jugak..hehe
ReplyDeleteaku cuba pujuk adik aku kasi aku bawak ke US eh:D
ReplyDeleteaku nak jugak erk bobi~~
ReplyDelete