Tiga hingga empat post sahaja untuk Febuari. Bandingkan dengan Januari, aku ada 12 posts.
Hmm, biasalah, kesibukan sudah melanda. Aku akan kembali menulis bila sampai peluang dan masa yang tepat. Buat masa ini, blog ini akan kemarau untuk seketika.
All the best kepada yang nak amik exam minggu depan.
Feb 25, 2010
Feb 20, 2010
Kau,
Sahabat,
Ikhlaslah dalam bersahabat.
I.K.H.L.A.S.
Senang kan nak eja perkataan 'ikhlas' tu?
Tapi susah, kerana tafsiran manusia akan perkataan itu adalah terlalu pelbagai.
Adakah ikhlas itu bermakna kau bersahabat dengan seseorang kerana dia bijak?
"Ya, aku bijak bersahabat dengan kau kerana kau bijak!"
Oh, ikhlas apakah itu?
Lagi teruk,
"Ya, aku ikhlas kawan dengan dia sebab aku rasa aku suka dia."
Cuba buat kalau berani. Cuba buat begitu dengan sahabatku. Cuba.
"Hmm, aku just kawan je dengan dia. Aku rasa best la kawan dengan dia.Takde sebab lain.."
Baguslah jika begitu. Niatmu bukan mengharapkan sesuatu yang lebih. Bukannya kau membina pertalian sahabat itu atas dasar "Oh, dia itu anak orang kaya!" ataupun "Hmm, aku suka kat dia.Baik aku mula berkawan dengan dia..". Jika hilang harta dan perasaan suka itu, ke manakah perginya persahabatan itu?
Aku tak bermaksud tali persahabatan itu putus, tapi terjejas. Mahukah kau lihat persahabatan itu terjejas kerana perkara yang masih belum pasti? Mahukah kau lihat tali yang kau ikat, sedikit demi sedikit lusuh dan semakin lemah kerana perkara-perkara tersebut? Mahukah kau lihat kawanmu itu sakit hati dengan tindak tandukmu? Mahukah kau buatkan dia pening dan kusut? Fikir-fikirkanlah. Jika kau pernah terbuat sedemikian, aku harap kau mendapat kemaafan. Aku tahu, kita semua tak sempurna.
Eloknya kau bersahabat dengan seseorang kerana Allah. Jika dia mampu mendorong engkau ke arah yang lebih baik dan diredhaiNya, bersahabatlah dengan dia. Tapi jika dia menjauhkan dirimu dariNya, pentingkanlah hubunganmu dengan Pencipta terlebih dahulu.
Tak, aku tak menujukan post ini kepada individu tertentu. Aku tidak berniat "Hah, baca post ni. Padan muka kau. haha dan ha.". Tapi inilah aku. Aku tulis apa yang aku terlintas dalam kepalaku. Jika terkena dengan diri, marilah kita sama-sama membetulkan apa yang salah.InsyaAllah.
Feb 14, 2010
Rewind
*Rewind ke beberapa ketika dahulu*
Bila member-member nak fly gi Aussie tak lama lagi, teringat pula time aku nak fly dulu.
Time tu kat airport. Tak ramai sangat pun orang yang hantar. Family-family sahaja. Simple tapi sungguh bermakna keadaan time tu.
Tapi tak sangka, rupanya itu bagaikan sempadan antara aku yang dulu dan aku yang kini.
Berubah?
Ya, aku rasa aku sudah berubah, banyak. Tapi aku gembira dengan perubahan ini, dan merasa segan jugak la bila mengenangkan zaman dulu-dulu. Syukurlah, belajar di negara orang dengan keadaan dan suasana berbeza daripada belajar dalam negara telah membuka mata aku dalam pelbagai situasi.
Belajar di luar negara, bukan sekadar menimba ilmu yang terdapat dalam buku. Kat Malaysia pun boleh belajar benda yang ada dalam buku teks. Tapi di sini, hidup dalam budaya yang jauh berbeza daripada budaya di negara kita, skop pembelajaran itu menjadi semakin luas dan lebih banyak baik buruk yang dapat dilihat.
"Adapt to the culture, not adopt it"-satu ayat yang aku pernah dengar dari siapa entah.
Benar. Sesuaikan diri dengan budaya tempat kita berada, tapi bukannya ambil bulat-bulat semua perkara yang kita lihat. Siapa cakap American ini tak sopan? Siapa cakap mereka kurang dalam bab adab-adab? Tidak semuanya begitu. Kebanyakan American yang aku jumpa, mereka melayan tetamu dengan baik dan tidak segan silu untuk meminta maaf segera jika terbuat salah yang kecil pun. Dalam sesetengah perkara, kualiti peribadi mereka jauh lagi tinggi daripada sesetengah orang yang berasal dari Timur, suatu kawasan yang dianggap penuh dengan adab dan budaya.
Oleh itu, tak salah jika budaya mereka yang baik, kita jadikan teladan. Kesopanan, keramahan dan sebagainya. Manakala yang kurang elok pula, elakkan sejauh mungkin. Cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Aku tak mahu bercerita panjang lebar tentang budaya mana yang elok, budaya mana yang tak elok. Asalkan nampak elok budaya itu dan sah-sah tak bertentangan dengan ajaran agama, apa salahnya kita contohi.
Aku tak ada idea sangat nak menulis lebih mendalam dan lebih panjang lebar. Tujuan aku tulis pun untuk ucapkan selamat fly ke Aussie bagi yang nak fly nanti, dan selamat memulakan hidup baru bagi yang nak fly dan yang dah fly.
Semoga berjaya dan jangan cepat-cepat homesick dan mengidam nak makan makanan Malaysia :p
Feb 12, 2010
Kesibukan
Ya, aku agak sibuk kebelakangan ni. Akhirnya kesibukan itu kembali. Minggu ni sahaja dah ada dua exam.
Pertama, Microbiology yang tak berapa nak senang dan kedua, Organic Chemistry II dalam berbelas jam lagi.
Selepas itu, sambung pula dengan latihan silat dan tarian untuk International Fiesta pada 26/2 nanti. Sudah tentunya aku ada banyak perkara mahu dikongsi, tapi masa belum cukup untukku menulis panjang lebar di sini.
Kepada yang akan exam Organic Chemistry jugak esok, all the best. Semoga lapang dada sewaktu menjawab soalan nanti :)
*dan kepada yang belum dapat elaun jugak, jom bawak bersabar sama-sama:p*
Pertama, Microbiology yang tak berapa nak senang dan kedua, Organic Chemistry II dalam berbelas jam lagi.
Selepas itu, sambung pula dengan latihan silat dan tarian untuk International Fiesta pada 26/2 nanti. Sudah tentunya aku ada banyak perkara mahu dikongsi, tapi masa belum cukup untukku menulis panjang lebar di sini.
Kepada yang akan exam Organic Chemistry jugak esok, all the best. Semoga lapang dada sewaktu menjawab soalan nanti :)
*dan kepada yang belum dapat elaun jugak, jom bawak bersabar sama-sama:p*
Subscribe to:
Posts (Atom)