Pages

Feb 14, 2010

Rewind

*Rewind ke beberapa ketika dahulu*

Bila member-member nak fly gi Aussie tak lama lagi, teringat pula time aku nak fly dulu.
Time tu kat airport. Tak ramai sangat pun orang yang hantar. Family-family sahaja. Simple tapi sungguh bermakna keadaan time tu.
Tapi tak sangka, rupanya itu bagaikan sempadan antara aku yang dulu dan aku yang kini.

Berubah?

Ya, aku rasa aku sudah berubah, banyak. Tapi aku gembira dengan perubahan ini, dan merasa segan jugak la bila mengenangkan zaman dulu-dulu. Syukurlah, belajar di negara orang dengan keadaan dan suasana berbeza daripada belajar dalam negara telah membuka mata aku dalam pelbagai situasi.

Belajar di luar negara, bukan sekadar menimba ilmu yang terdapat dalam buku. Kat Malaysia pun boleh belajar benda yang ada dalam buku teks. Tapi di sini, hidup dalam budaya yang jauh berbeza daripada budaya di negara kita, skop pembelajaran itu menjadi semakin luas dan lebih banyak baik buruk yang dapat dilihat.

"Adapt to the culture, not adopt it"-satu ayat yang aku pernah dengar dari siapa entah.

Benar. Sesuaikan diri dengan budaya tempat kita berada, tapi bukannya ambil bulat-bulat semua perkara yang kita lihat. Siapa cakap American ini tak sopan? Siapa cakap mereka kurang dalam bab adab-adab? Tidak semuanya begitu. Kebanyakan American yang aku jumpa, mereka melayan tetamu dengan baik dan tidak segan silu untuk meminta maaf segera jika terbuat salah yang kecil pun. Dalam sesetengah perkara, kualiti peribadi mereka jauh lagi tinggi daripada sesetengah orang yang berasal dari Timur, suatu kawasan yang dianggap penuh dengan adab dan budaya.

Oleh itu, tak salah jika budaya mereka yang baik, kita jadikan teladan. Kesopanan, keramahan dan sebagainya. Manakala yang kurang elok pula, elakkan sejauh mungkin. Cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Aku tak mahu bercerita panjang lebar tentang budaya mana yang elok, budaya mana yang tak elok. Asalkan nampak elok budaya itu dan sah-sah tak bertentangan dengan ajaran agama, apa salahnya kita contohi.

Aku tak ada idea sangat nak menulis lebih mendalam dan lebih panjang lebar. Tujuan aku tulis pun untuk ucapkan selamat fly ke Aussie bagi yang nak fly nanti, dan selamat memulakan hidup baru bagi yang nak fly dan yang dah fly.

Semoga berjaya dan jangan cepat-cepat homesick dan mengidam nak makan makanan Malaysia :p

4 comments:

  1. hehe. kembaralah wahai bobi. Dan carilah hikmah kembara itu.. =) Sebab kembara itu mematangkan dir, and semoga korg semua jumpe apa yg dicari~Amin

    ReplyDelete
  2. setuju yg American kebanyakannya sopan...

    ReplyDelete
  3. yang baik jadikan teladan. yang buruk jadikan sempadan~ =D

    ReplyDelete
  4. @kakju, yep. dan saya masihhhh meng'explore' macam2:)
    @shasha, yeah. so far ramai yang sopan. respek jugak la.
    @azizi, betul2.

    ReplyDelete