Sahabat,
Ikhlaslah dalam bersahabat.
I.K.H.L.A.S.
Senang kan nak eja perkataan 'ikhlas' tu?
Tapi susah, kerana tafsiran manusia akan perkataan itu adalah terlalu pelbagai.
Adakah ikhlas itu bermakna kau bersahabat dengan seseorang kerana dia bijak?
"Ya, aku bijak bersahabat dengan kau kerana kau bijak!"
Oh, ikhlas apakah itu?
Lagi teruk,
"Ya, aku ikhlas kawan dengan dia sebab aku rasa aku suka dia."
Cuba buat kalau berani. Cuba buat begitu dengan sahabatku. Cuba.
"Hmm, aku just kawan je dengan dia. Aku rasa best la kawan dengan dia.Takde sebab lain.."
Baguslah jika begitu. Niatmu bukan mengharapkan sesuatu yang lebih. Bukannya kau membina pertalian sahabat itu atas dasar "Oh, dia itu anak orang kaya!" ataupun "Hmm, aku suka kat dia.Baik aku mula berkawan dengan dia..". Jika hilang harta dan perasaan suka itu, ke manakah perginya persahabatan itu?
Aku tak bermaksud tali persahabatan itu putus, tapi terjejas. Mahukah kau lihat persahabatan itu terjejas kerana perkara yang masih belum pasti? Mahukah kau lihat tali yang kau ikat, sedikit demi sedikit lusuh dan semakin lemah kerana perkara-perkara tersebut? Mahukah kau lihat kawanmu itu sakit hati dengan tindak tandukmu? Mahukah kau buatkan dia pening dan kusut? Fikir-fikirkanlah. Jika kau pernah terbuat sedemikian, aku harap kau mendapat kemaafan. Aku tahu, kita semua tak sempurna.
Eloknya kau bersahabat dengan seseorang kerana Allah. Jika dia mampu mendorong engkau ke arah yang lebih baik dan diredhaiNya, bersahabatlah dengan dia. Tapi jika dia menjauhkan dirimu dariNya, pentingkanlah hubunganmu dengan Pencipta terlebih dahulu.
Tak, aku tak menujukan post ini kepada individu tertentu. Aku tidak berniat "Hah, baca post ni. Padan muka kau. haha dan ha.". Tapi inilah aku. Aku tulis apa yang aku terlintas dalam kepalaku. Jika terkena dengan diri, marilah kita sama-sama membetulkan apa yang salah.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment