Tiba-tiba rasa mahu bercerita:)
1 Julai, 6.05pm waktu tempatan dekat Buffalo, NY, aku bertolak dengan Azizi menaiki kereta Tina ke Buffalo International Airport. Dapat save $15 tambang teksi. he he he.
Sampai je, kami terus check in.Then dapat tahu, flight kitorang tu from Orlando, tapi ada delay sikit sebab weather sangat buruk kat sana. Sepatutnya kami berlepas pukul 7.59pm, tapi last-last, pukul 9.30pm jugak baru berlepas. Sikit lah sangat oit delaynyaa.
Bosan gila kot menunggu flight tu. So aku kasi lembutkan balik lidah aku ni. Lama sangat dah tak speaking. Kalau tak reti sepatah haram, maunya kena cekik time shopping kat Seoul nanti. Ni bukan aku sorang cakap okeh.
Sampai-sampai je kat JFK Airport, Shamilah, Hazirah, Amir, Mira dan Nawi semua dah habis makan. Melepas nak dinner sekali dengan diorang.
Jadi pengajarannya lain kali, silalah beli tiket yang lagi lagi awal ye.Time kasih datang ye korang. Tahun depan jom balik sama-sama:D
Then kitorang naiklah flight yang lama. 14 jam lebih camtu kot nak sampai ke Incheon International Airport from JFK, NY. Penat oh.Serius.
Serius tak sabar nak keluar dari kapal terbang tu. Seriusss.
Sampai je, terus keluar. Tunggu member Amir, Azri datang. Dia ambil 1st train ke Incheon. So pada pukul 8am camtu, kitorang gerak ke Seoul naik bas. Apa lagi, aku dah withdraw 100 000 won. So it's time to shop!
Kat Namdaemun. Murah murah. Just jangan start tanya dalam English. Nasib baik Azri tu power gila dah bahasa korea dia. fuh.
Ni ha rombongan kitorang ke Seoul ni. Azizi stay kat airport je dengan Akid.
Cantik oh. Dan tempat dia memang bersih. Even tempat style pasar camtu, bersih beb.
Oh duit. Kalaulah 1000 won=1000 ringgit, aku dah kaya gila.ha ha. Time ni aku tengah menunggu Tuna Bibimbap. Sedap gila dah murah gila okeh. Kalau tukar currency, tak sampai 3.5usd pun.
Selepas makan dan beli barang-barang untuk adik aku semua, masa untuk pulang. Kepenatan tahap dewa dah tu.
Ni mesej sokongan dari Koreans kepada team world cup diorang. Kalaulah Malaysia camni jugak ooh....
Ok selepas shopping macam haram, mari pulang ke Malaysia. Semoga kawan-kawan aku tu selamat sampai malam ni. Tak sabar nak ajak diorang jalan-jalan pula on the way ke USA 29 Ogos ni. Mahu ke Seoul sekali lagiii :)
(aku shoppingkan barang orang je. seriously aku terlupa nak beli baju untuk aku sendiri...iskkkkk)

dah sampai kuala selangoq ka..?
ReplyDeletebeshnya dia shopppppinnggg.... :)
dah sampai dah sabtu mlm tu. tapi tak puas hati sebab aku lupa nak beli barang sendiriiii. nampaknya TERPAKSA shopping sekali lg:p
ReplyDelete