Pages

Nov 15, 2009

Adik, adik dah besar kan?

"adik, adik dah besar kan? dah pandai pikir sendiri kan?"

Heh, saja guna ayat kat atas tu, since aku memang kerap guna ayat tu utk bahan mmber2 aku kat sini..

Contoh penggunaan ayat tersebut dalam real life? meh aku bagi contoh.....

Akak X (bukan nama sebenar) sedang hangat bercerita tentang kepoweran beliau bermain basketball..
"Eleh bobby, kalau akak main basketball, mesti bobby terpegun tengok akak main.." dan disambung dengan hilai tawa yang susah dihentikan.

Dengan lagak muka seperti seorang ayah sedang bercakap dengan anak pompuannye, dan dengan nada suara konon2nye mahu menasihati anak sendiri supaya berubah menjadi lebih baik...."Akak....akak dah besar kan? dah pandai pikir sndiri kan...behave depan orang ramai ok? Jangan buat macam tu lagi"..

Dan akak X terdiam sambil buat muka geram. ha ha dan ha.=p..*sory akak,tapi kalau saya xbahan akak, saya pulak jadi mangsa..xleh bagi chance nih=p*

Haih, tu la contoh penggunaan ayat tu kalau rasa just nak main2 je...tapi aku selalu je terpikir sorang2 time duduk melayan gitar walaupun suara aku cukup lunak untuk kejutkan korang bangun tidur sambil menyumpah seranah aku..aku terpikir..."haih, dah besar kan, boleh fikir sendiri kot pasal ni.....".

Kenapa aku terfikir2 pasal benda camtu? mengapa? Mengapa di atas IC, umur sama sahaja, tapi cara pemikiran jauh berbeza? bagaikan berbeza generasi? oh tidaklah sampai berbeza generasi, tapi perbezaan cara pemikiran sesetengah orang itu memang jelas kelihatan.

Tidak mengapa, kerana tiada dua orang dalam dunia ini yang sama 100% cara pemikirannya. Gila bosan kalau dua orang itu sama sahaja dari semua aspek cara pemikirannya. Gile xde life.
Tetapi yang menjadi subjek utama kepada kehairanan aku nih, apabila sesetengah perkara yang boleh dianggap sebagai 'common sense', masih menjadi punca perselisihan pendapat dalam masyarakat kita.

Apakah yang aku cuba sampaikan sebenarnya?

Perkara2 yang aku anggap sebagai 'common sense' ini, adalah perkara yang aku anggap kebanyakan daripada kita yang boleh dikira dalam satu generasi sepatutnya tahu atau sedar tanpa perlu diajar berulang kali. Contohnya? Aku akan ambil contoh yang terdekat dengan aku la...

Belajar bersama dan tinggal serumah. Apa beza belajar bersama, dan belajar bersama dan tinggal serumah? Gile macam soalan sekolah rendah je. Tapi apa yg aku cuba sampaikan ni, dalam hidup kita, sentiasa ada interaksi sesama kita. Apabila kita belajar bersama2, bantulah rakan kita yang kurang paham dengan pelajaran tu. Belajar bersama2, berjaya sorang2? Oh tak mantap. Mahukah anda melihat kawan anda sendiri sedih pada kemudian hari? Aku tak nak la kot...memang tak nak. Apa salahnya jika ada perkara baru kita belajar, ataupun kita jumpa cara yang lagi senang nak paham something, kongsilah ilmu tersebut, kerana ilmu yang dikongsi takkan berkurang.


Tapi apabila belajar bersama2 dan tinggal serumah, lebih complicated sedikit la perkara2 yang perlu diambil kira. Ada kawan aku dah sebut pasal benda2 ni..Tapi aku tulis je sekali lagi kat blog aku.. Bila belajar bersama2, macam kat sekolah, tak perlu la nak fikir sangat perkara lain selain study. Contohnye, tak perlu la pikir siapa kawan kita nak basuh pinggan kat dapur, siapa nak sapu2 lantai, siapa nak beli barang dapur, etc. Apabila tinggal serumah, kita akan lebih kenal dengan perangai kawan kita. *sebab tu la contohnye orang yang kapel2 ni, semuanya indah,. tp bila kawen? bila tinggal serumah dan kenal perangai pasangan masing2? time tu baru teruji kekuatan hubungan tuh*..
Sama jugak la dalam konteks persahabatan ni. Bila dah tinggal serumah, bila dah makin masak dengan perangai kawan kita, time tu la sikap bertolak ansur perlu mainkan peranan yang penting. Contoh bertolak ansur dalam keadaan ni?

Andaikan kawan kita baru balik rumah dari kelas yang habis time malam, mungkin dia penat sampai tak sempat nak berborak2 dengan kita dan tak sempat nak cuci2 apa2 yang ada kat dapur ke...janganlah cepat2 kita nak marah kawan kita tu ke, sebab satu hari nanti, mungkin kita akan lalui benda yang sama..
Mungkin suatu hari nanti, kita balik2 rumah penat gile babeng, sampai tak ingat benda lain selain katil?

Mari fikirkan pasal dua keadaan ni.
Apa agaknye perasaan kita kalau kena sound dengan member sebab kita tak buat keje kat rumah tu, padahal kita memang penat nak mati?
Mesti rasa macam "haih.aku penat gila kot,takkan ko xleh faham dan tolak ansur sikit pon? Pakai common sense la, aku penat gilaaaaaaaaaa kot.." dan apa pula perasaan kita kalau kawan kita tak sound kita, tapi tolong buatkan kerja rumah untuk kita sebab dia faham keadaan kita? Semestinya rasa hormat kita terhadap kawan kita akan semakin meningkat bukan? Tapi jangan la respek je, padahal kerja still xbuat lepas tu.
Bila kawan kita tak mampu nak buat something kat rumah tu, kita buatkan la dulu. Apabila kita pula yang tidak mampu, insyaAllah masa tu kawan kita akan datang tolong kita.

Fikir2lah sendiri kan. Kalau kita buat salah, kita nak ke kena marah dengan teruk2? Macam tu gak la kalau orang yang buat salah kat kita. Tegurlah tanpa perlu naikkan suara. InsyaAllah orang yang ditegur itu akan kurang cenderung untuk memberontak dan lebih sedar akan kesilapannya.Itulah antara adab2 hidup bersama dengan kawan.

Tu baru bab cuci2 benda kat dalam rumah. Dalam bab bahagi2 duit nak beli barang pulak? Haiya. Kalaulah kita yang tolong belikan something utk seisi rumah tu, dan nilai perbelanjaanya ada la dalam $19.99, tak perlulah nak bahagi2 sampai la ke sen-sen yang terakhir. Amalkanlah bertolak ansur.Dah kata hidup bersama, jadi setakat terkurang terlebih tu, biasa la. Hari ni kita terkurang, kawan kita tolong support. Kemudian hari dia terkurang, kita tolong la support balik. Satu hari nanti, kalau kita yang terlebih dan kawan kita yang terkurang, tapi kita enggan bertolak ansur, apa agaknya perasaan kawan kita? Takkan mahu bergaduh sebab beberapa sen je? Hilanglah kemanisan hidup kat luar negara bersama rakan2..Fikir2lah..

Itulah antara perkara-perkara yang aku anggap sebagai common sense. Semua tu bagi aku, benda basic je. Saling memberi dan menerima, dan bertolak ansur. Perkara2 tu penting dalam persahabatan. Namun sikap manusia itu kerap terlupa dan perlu sentiasa diingatkan.Aku sendiri pon kerap terlupa akan perkara2 basic ni. Andaikata kawan kita terlupa sesuatu, tegurlah dan ingatkanlah dia dengan baik. Amalkanlah bersangka baik, dan tegurlah dengan berhikmah. Aku pun bersyukur sangat kalau kawan aku tegur silap aku dengan baik tanpa perlu ada petanda2 nak gaduh.

Aku just bagi contoh simple2 je la. Pasal tinggal serumah dan isu2 yang biasa terjadi. Memang perkara2 yang aku jadikan contoh tu macam nampak simple gila...tapi, kalau benda2 simple ni kita main lepas pandang je, nanti bila timbul masalah besar, time tu baru la start tak puas hati gila2 dan boleh gaduh. Senang cita, kalau taknak perkara kecik jadi besar, amalkanlah bertolak ansur sentiasa selagi tidak melampaui batas;)

Itulah antara pendapat aku yang tersimpan dalam diri aku selama ni. Namun begitu, lain orang, lain cara dibersarkan dan persekitarannya dibesarkan. Itulah yang menjadikan setiap manusia ini unik baik dari segi rupa atau pemikiran. Pemikiran orang lain mungkin berbeza, dan kita tak boleh harapkan semua orang akan berfikir mengikut cara kita. Mungkin bagi aku, perkara2 yang aku sebut kat atas tu, macam common sense je. Tak perlu pecah2 kepala nak buat keputusan pasal perkara2 kat atas. Tapi, aku tahu tak semua orang berfikir seperti aku.
Sekali lagi, bertolak ansurlah dan tegurlah dengan baik jika ada isu2 yang telah aku utarakan dalam post ini yang membuatkan siapa2 terasa.

Aku cuma berkongsi pendapat secara jujur, dan mengingat2kan diriku sendiri jugak.

3 comments:

  1. uiks... siapekah akak X tu?? NAK MATI BOBBBBYYY?? haihh

    ReplyDelete
  2. hehe.... nak share skit pasal hal2 rumah tu.. =) tapi..... thanks giving kite sembang2 eyh

    ReplyDelete
  3. pergh...terase tang duit sen2 2...ahahaha~

    ReplyDelete