Salam.
Aku tak expect pun aku akan ada idea secepat ini untuk update blog ni. Tapi since aku baru sahaja terbaca salah satu blog antara berjuta blog di internet ni, aku tergerak untuk meluahkan pendapat aku juga tentang isu yang baru aku baca.
Apa yang baru aku baca adalah luahan hati wanita terhadap golongan lelaki yang tidak setia dalam perhubungan itu ini. Tapi pendapat yang ingin aku luahkan bukanlah berkenaan dengan masalah siapa setia atau tidak. Tidak ingin aku menyentuh tentang perhubungan sebelum kahwin dalam post ini, tapi apa yang aku ingin sentuh adalah berkenaan 'generalization' yang dibuat oleh satu golongan terhadap golongan lain.
Mari kita analogikan keadaannya seperti berikut:
Satu hari anda ke kedai runcit ingin membeli susu segar. Anda membuka peti ais dalam kedai tersebut dan memilih salah satu kotak susu daripada berpuluh kotak susu yang ada di dalam peti ais tersebut. Malangnya anda terlepas pandang tarikh luput susu yang anda pilih. Tarikh luputnya sudah hampir sangat padahal susu dalam kotak-kotak lain masih segar dan baru sahaja dimasukkan ke dalam peti ais. Biasalah, manusia kan tidak lepas dari sikap cuai. Anda ingatkan susu tersebut segar, malangnya tarikh luputnya sudah hampir sangat. Apa yang ingin anda lakukan?
Pertama, menuduh pekedai tersebut menjual bekalan susu yang dah tak berapa segar serta menyalahkannya tidak jujur dengan pelanggan? "Kau jual susu semuanya dah nak basi. Nak bunuh orangkah?".
Kedua, pulang ke kedai tersebut tapi secara aman meminta tukaran bekalan susu yang segar. Kemudian anda memperlengkapkan diri anda dengan pengetahuan tentang hak-hak pengguna dan lebih berhati-hati pada kemudian hari.Anda berusaha menjadi pengguna yang lebih bijak.
Jadi apakah pilihan anda?
Samalah dengan kes-kes orang yang dikatakan kecewa mengonggeng akibat kehilangan 'boyfriend' atau 'girlfriend' tersayang. Mungkin emosi itu menguasai golongan tersebut lebih daripada akalnya, barulah dia mampu mengeluarkan kata-kata seperti "heh, lelaki sama je semua. tak cukup satu.." ataupun "perempuan ni memang takleh percaya..".
Sekarang aku tersenyum memerhatikan golongan yang tutur katanya dikuasai emosi. Aku tersenyum melihat luahannya yang penuh emosi di tempat umum, bukannya di ruang yang lebih 'private'. Aku tersenyum bukannya tanda megah "haha, aku lebih matang daripada kau. pandangan kau tak matang". Tidak sekali-kali begitu.
Cuma aku tersenyum kerana mereka lupa peribahasa melayu "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Wahai mereka yang meletakkan salah itu atas kepala satu pihak, boleh aku ulang kembali apa yang kamu sebut berulang-ulang kali tadi?
"Lelaki ni mana cukup satu. Gatal...semua gatal.." ataupun "perempuan ni semua sama je..takleh percaya".
Emosi pun emosi, tapi usahlah anda semudah itu meng'generalize'kan satu pihak sahaja atas kecelakaan yang berlaku. Nak dikata lelaki semuanya sama ataupun perempuan itu semuanya sama, apakata anda renung kembali..samakah semua individu dalam dunia ini?
Apakata anda cuba mengenal individu tertentu dengan lebih baik sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kalau individu itu yang berbuat salah kepada anda, salahkan dia sahajalah. Perlukah menyalahkan pihak yang lebih besar kerana yang melakukan silapnya cuma seorang?
Susahlah. Contohnya kalau 'boyfriend' si A buat silap, dan 'girlfriend' si B buat silap jugak, kena lah aku pulang ke rumah dan terus marah-marah adik lelaki dan perempuan aku "Ah kau lelaki dan perempuan sama je!".
Ya ya aku tahu kamu dikuasai emosi. Jadi latihlah akal anda untuk menguasai diri anda, bukannya emosi. Bukannya nafsu marah dibiarkan menguasai tutur kata dan tingkah laku anda. Bagaimana dengan individu-individu yang tidak pernah terlibat dalam kes menghancurkan hati dan perasaan orang. Kamu fikir mereka tidak ada seorangpun yang akan terasa?
Oh, akal itu kan satu kurniaanNya yang besar kepada manusia. Mari-mari kita gunakan.
Ingat, ayah kita itu seorang lelaki. Ibu kita seorang perempuan.
Fikir dahulu sebelum bercakap:)
Aku bukan sekadar menegur pihak tertentu, tapi aku juga ingin mengingatkan diriku sendiri agar tidak membiarkan emosi menguasai fikiranku, tutur kataku, dan tingkah lakuku.
Aku bukan sekadar menegur pihak tertentu, tapi aku juga ingin mengingatkan diriku sendiri agar tidak membiarkan emosi menguasai fikiranku, tutur kataku, dan tingkah lakuku.
p/s: Kahwin terus sahajalah. Ada juga hukum syara' berkenaan situasi lelaki meninggalkan tanggungjawabnya kepada seorang perempuan yang sudah halal baginya. Selama aku hidup ni aku tak pernah jumpa lagi "Hukum boyfriend atau girlfriend meninggalkan pasangannya menurut pandangan Islam".
ouch terasa, hahahaha, nice one zul, ure right, my dad's a guy, n i forgot that, semua orang lain lain, even twins pun tak sama attitude, anyway kalau nak salahkan boyfriend or girlfriend tuh pun macammmmmm, irrelevant sikit, diri sendiri yang gatal in the first place, ngeh ngeh, sedangkan orang dah kahwin boleh gaduh bercerai, inikan pula yang temporary relationship, lagipun jodoh takkan ke mana, tak perlu kejar pun tak apa, kalau dah takdir bersama, jumpa juga di kemudian hari, kesimpulannya, focus on the present, kalau dah tak sabar sangat, kahwin saja, haha, peaceeee ^_^
ReplyDeleteshasha: :) jugak
ReplyDeletemazni: eh takde niat nak cakap kat mazni. just time before tulis ni ada la terbaca satu blog member. sebab tu lah. well bagus tu, dah gatal sangat kawin je.ha ha:p