Pages

Jun 24, 2012

positif sikittt!



Bukankah indah jika manusia hidup penuh dengan pemikiran dan semangat yang positif?
bersungguh-sungguh bersangka baik sebelum tidak mampu lagi menidakkan sangkaan buruk yang akhirnya hadir di depan mata dan di celah-celah cuping telinga. memberi perhatian lebih kepada kebaikan seseorang lebih daripada kelemahannya dan berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum terburu-buru menuding jari apabila orang lain alpa tanpa sedar yang menuding jari itu sedang melakukan kesilapan yang sama. melihat kelemahan orang lain dan berniat untuk membantu mereka mengatasinya terlebih dahulu dan bukannya menghamburkan kata-kata kesat dan caci maki.

sayangnya tidak semua orang begitu. ada yang terlebih dahulu mengeji sebelum menasihati, ada yang terlalu cepat bersangka buruk sebelum cuba memahami keadaan sebenar pihak lain, ada yang terlalu mengikut hati dan perasaan dalam bertukar pandangan sehinggakan adab-adab percakapan dicampak ke laut.

agaknya jika hidup ini penuh dengan negativiti, kata-kata keji, sifat iri hati, dan segala perkara yang menyakiti, bagaimana la mahu teruskan hidup dengan bahagia?

bila tak puas hati dengan pendapat atau teguran sahabat, dia caci maki tapi bila sahabat bersetuju dengan pendapat dia, dia sanjung tinggi sahabat itu. 

bila terserlah sedikit kelemahan pada pemikiran si sahabat, dimaki dan dihina pemikiran sahabat itu tanpa cuba berbicara dengan berhikmah, tapi tidak pula dipandang perangan sendiri yang terlebih dahulu mengeji sebelum menasihati. 

mungkin mereka ini orang pula menyangka jari mereka ini adalah ego mereka, jadi mereka takut ego mereka patah jika menuding jari ke atas silap sendiri?

lagi, bila timbul rasa syak wasangka terhadap tindakan si sahabat, terus dia mengikut kata nafsu amarah mengangkat pena dan menulis kesimpulan atas tindakan sahabat tersebut sebelum akal kurniaan Tuhan bertindak terlebih dahulu. 

wahai sahabat-sahabatku di luar sana, jika hidup ini kita cuba jalani dengan nilai-nilai positif sambil menolak sepenuh kudrat nilai-nilai negatif, sudah tentunya insan yang semakin jiwa kacau akan berkurangan. lidah ini tidak akan luka kerana berkata-kata baik, jadi apa salahnya berkata-kata baik? hati ini tidak akan gagal berfungsi jika kita cuba bersangka baik terhadap insan lain, jadi apa salahnya mencuba? 

cubalah berfikir dan bertindak secara positif, kerana tindak-tanduk kita, baik atau tidak, positif atau negatif, melambangkan positif atau negatifnya hati kita.

bunyi seperti simple, tapi kita perlu latih diri kita: jika traffic jam membuatkan kita terperangkap selama sejam di tengah-tengah jalan, kita maki hamun dan laungkan kata-kata kesat, tapi semakin lancar ke traffic dengan tindakan kita? mengapa buang masa menambah dosa sedangkan jika kita bersabar, pahala lah balasannya insyaAllah. nak bersabar itu susah? pelan-pelan kayuh. kalau niat betul-betul nak jadi penyabar, insyaAllah boleh. 

ingatlah, nanti siapa nak ambil jadi isteri atau suami perempuan atau lelaki yang kerjanya mencarut lebih kerap daripada berzikir, siapa yang mahu berjiran dengan mereka yang sentiasa bermasam muka dengan orang lain, dan siapa mahu ambil si pemarah menjadi pekerja atau bekerja di bawahnya?

Jadi moh la kita tambahkan positiviti dalam hidup kita. kita semua manusia, bukan malaikat. kalau nampak orang lain lemah, kita pun ada kelemahan. positiflah! sekali lagi, pelan pelan kayuhh :)

aku harap aku sendiri mampu pegang kata-kata aku di atas. jika tidak, nasihati la elok-elok ye :D

2 comments:

  1. kdg2 aku rs aku terlalu positif sangat sampai sometime membahayakan diri aku sendiri. maybe i should learn to be paranoid in some cases. huu.

    eh. hi, org kuala selangoq! welcome back! :)

    ReplyDelete
  2. haha tapi tu la bersangka baik pun bertempat jugak la kan cuma sayang ramai jugak lebih cepat buat tanggapan buruk. haha yaa aku kat kuala skarang!

    ReplyDelete