Saje rasa mahu berkongsi sesuatu yang aku dengar time khutbah jumaat tadi. Selain daripada tujuan untuk berkongsi, benda ni juga aku tulis sebagai peringatan untuk diri aku sendiri yang kerap kali terlalai.
Situasi yang aku akan ceritakan ini, semuanya berdasarkan dari apa yang aku telah lihat dalam tempoh dua bulan lebih berada di bumi Amerika ini.
Menarik sungguh khutbah2 jumaat kat sini, sebab disampaikan tanpa membaca teks yang telah tersedia. Spontan sahaja penyampaiannya, tapi penuh dan padat dengan isi yang berguna. Sebab tu la, kalau betul2 kita dengar khutbah jumaat tu, insyaAllah boleh meresap ke dalam hati apa yang disampaikan oleh khatib berkenaan.
"Islam is beautiful. Everything about Islam is beautiful and there's no way to make it ugly. Thus, enemies of Allah have chosen to make the beautiful things about Islam look ugly by means of giving inaccurate perception about Islam."
Lebih kurang begitu ayatnya. Ya, memang betul semua tentang Islam ini indah belaka. Tiang agama iaitu solat, amatlah indah. Sering kali kita dengar dari sesetengah pihak bahawa solat itu sekadar santapan rohani sahaja. Sayang sekali, pandangan itu tidak bertepatan dengan kebaikan sebenar yang terdapat dalam mengerjakan solat. Solat itu merupakan ibadah yang sebenarnya merangkumi jasad, roh, dan akal kita. Setiap pergerakan yang terdapat dalam solat itu tidak sia-sia. Contoh terbaik faedah solat kepada jasad kita adalah ketika sujud, iaitu waktu ketika darah dari jantung dapat mengalir dengan mudah sekali ke seluruh saluran darah yang terdapat dalam otak dan kepala kita. Mahu tahu lebih lanjut? Sila la klik link ini ;)
Seterusnya faedah solat terhadap rohani kita? Cari sahaja di Google ataupun di surau atau masjid, insyaAllah tak terkira artikel-artikel dan sumber rujukan yang berkisar tentang hal tersebut. Antaranya:
“Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud.”
[H.R. Muslim]
“Solat lima waktu dan satu Jumaat dengan Jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara semuanya, selama dosa besar tidak dilakukan.”
[H.R. Muslim]
Solat itu indah jika kita benar2 fahami dan hayati setiap perkataan yang kita lafazkan dari awal hingga tamat solat itu. Namun begitu, ramai sahaja manusia yang mengaku bahawa mereka itu menganut Islam tapi tiang agama iaitu solat, entah ke mana. Mereka mengaku bahawa mereka percaya Allah itu Tuhan yang wajib disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruhNya, namun mereka tidak pula beriman dengan ayat Allah ini dalam surah An-Nisak ayat 103, “Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas orang-orang mukmin”.
Mengapakah mereka ini tidak punya rasa ingin mengerjakan ibadah yang indah ini?
Mengapa?
Alasan ini lazim didengar jika anda kini berada di luar negara:
"Tak ada tempat sembahyang kat sini. Takkan nak solat merata-rata. Dah la ramai orang pulak kat sini.."
Mengapa tidak berusaha untuk mencari tempat-tempat yang sesuai untuk solat? Islam itu agama yang mudah. Jika tidak mampu untuk menjejakkan kaki ke surau atau masjid, tak bermakna tidak perlu solat. Biarlah tempat itu bersih, tidak menghalang pergerakan orang ramai dan jika boleh, tidaklah bising sehingga dapat menjejaskan kekhusyukan solat kita. Mudah bukan? Lihatlah website ini.
"Ala, ada kelas la. Takkan nak skip kelas pulak kan?"
Adakah kita lebih takut meninggalkan sedikit ilmu daripada meninggalkan ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah kepada kita? Adakah kita takut untuk tidak berjaya dalam subjek tersebut tetapi tidak takut untuk tidak berjaya di akhirat? Jika lecture subjek tersebut boleh didengar secara online, apa salahnya mendengar secara online sahaja untuk menggantikan lecture yang kita telah skip itu. Percayalah, jika kita berusaha untuk membaca kembali dan bertanyakan rakan kita tentang pelajaran yang kita tinggalkan untuk solat Jumaat itu, insyaAllah Dia akan memberikan ilmu itu kepada kita.
"Dan apa jua yang kamu infaqkan maka Dia akan menggantikannya." [Saba' 39]
Jadi dalam contoh pertama, adakah kita takut untuk bersolat di tempat awam semata-mata kerana tidak ingin dipandang serong oleh orang awam? Dan seterusnya, adakah kita sengaja meninggalkan solat kerana takut terlepas lecture dan ketinggalan dalam pelajaran?
Inilah antara tipu-tipu helah musuh kita, iaitu syaitan. Mereka membisikkan ketakutan terhadap kemiskinan dunia ke dalam hati kita. Seperti yang disebut dalam khutbah tadi:
"These devils whisper the fear of poverty into the heart of the sons of Adam. They say "I know what's best for you. Please don't pray, or you'll miss the class","please don't pray, or people will look weirdly upon you and your religion", and "Please, I know what's best for you, I swear. Shake hands with the non-mahrams, so that it will give good image of Islam towards the non-moslems". That is how the devils play with the words. They say that they know what's best for us and our religion, but everything they say is to displease the Rabbil 'Alameen, the creator of the universe. How can we displease the creator of this universe just for the sake to displease its creations?"
Itu hanyalah sedikit jika mahu dibandingkan dengan pelbagai tipu helah yang dilakukan oleh syaitan. Mereka bersumpah dan berjanji bahawa apa yang mereka katakan itu adalah untuk kebaikan kita, tetapi adakah kita lebih rela memegang janji syaitan daripada percaya kepada janji Allah? Petikan khutbah tadi:
"When the day of judgement has come, these people who held to the devils' promise will say "What is this? We have followed what you said and we believed to your promises, but what we get now is hellfire?". The devils will reply "Yes, I have made you promises, but Allah has made promises to you too. You chose to believe my promises, and I betrayed you. I just told you to follow what I said, but I can't force you to do what I say. Everything you did was at your own will"."
Dan sebagai konklusi post ini, aku ambil petikan dari khubah tadi sekali lagi:
"If you sacrifice a little of your worldly pleasure for the sake of pleasing Allah, Allah will give you both the world and the paradise afterward."
Takkan rugi jika kita berkorban sedikit untuk menunaikan perintahnya;)
2 thumbs up!=)
ReplyDeletebetul aku perasan gak sini khutbah jumaat dia mang best, x mcm kat msia..(penah gak la dulu gi solat jumaat)
n untuk peringatan bersama gak, mari kita cuba luangkan masa untuk tambah lagi amal lain macam baca AlQuran,tak kira sibuk macam mana pun dgn exams or penat gi kelas..kalau kita leh luangkan masa untuk gelak2,sembang2 dgn kawan,why not spend time lebih gak untuk Dia..(not sekadar solat je kan)..
*ups,sorry terpanjang lak..hehe*
---gudluck organic sok!!!!aaaa_----
thanks. betul2 tu..solat tu tiang agama. tp xkan la buat benda yg basic je kan..insyaAllah kita dpt la improve amalan kita dari masa ke masa;)
ReplyDelete*goodluck gak;)*