Pages

Nov 22, 2009

Bola?

"Diorang main bola sepak pukul tiga petang ni, tapi kat North la.." kata kawan Jenama X sambil menjamu sarapan paginya.

Aku hanya mampu mendengar sahaja tanpa mampu mengatakan 'ya' terhadap pelawaan tersebut. North campus terletak agak jauh dari Collegiate Village, terus membuatkan segala aktiviti yang dijalankan di sana memerlukan peruntukan masa yang banyak untuk perjalanan pergi dan balik.

"Haih, kenapala korang main kat North gak. Oo dan kenapela takde shuttle direct to north untuk weekend?"

Nak buat macamana lagi, terpaksa la aku tahan niat aku untuk keluar dari persaraan bermain bola sepak dengan serius. Sejak aku sampai ke sini, rindu aku nak main bola sepak macam dulu sahajalah yang masih belum terubat. Rindu mak? Ayah? Adik beradik? Tak ada masalah. Skype ada sahaja. Rindu nak main bola macam kat Intec dan sekolah menengah dulu? Tahan sahajalah sampai court basketball kat Collegiate Village ni bertukar kepada court futsal secara tiba-tiba ataupun dengan lagi rasionalnya, sehingga hal pengangkutan untuk ke North campus itu tidak menjadi masalah lagi nanti.

"Gila takde life ko.hahaha".

Ayat tu selalu je aku gunakan kat orang. Tapi sejak aku bermain bola sepak dari sekolah menengah lagi sehinggalah dua tiga hari sebelum aku berangkat ke US, memang aku rasa macam tak berapa nak ada life dalam bab sukan ni.

"Tu ah, aku hairan jugak kalau lelaki tak main bola. Sebab macam mostly main bola. Tu la pasal aku rasa macam gile takde life ko ni kalau ko xmain bola. Ke ko rasa camna?" Kawan Jenama Y memberikan pendapatnya sewaktu kami gi gym semalam.

"Hmm, memang aku rasa macam takde life gile kot kalau pikir bab bola sepak ni. Rindu gila nak main macam dulu. I mean, main seriously main, bukan just sepak-sepak macamtu je" kataku.

Apa yang aku rindukan sangat tentang bermain bola seperti dahulu?  Apabila permainan bermula dan fokus aku tidak boleh hilang walau sedikitpun terhadap pergerakan para pemain lawan mahupun pemain sepasukan. Aku perlu melihat dan cuba membaca apa yang ingin dilakukan oleh si pembawa bola pihak lawan, samada mahu memberikan bola kepada rakannya atau membuat percubaan terus ke arah gol. Sekiranya bola itu disepak ke arah gol, nikmatnya adalah apabila aku dapat menyelamatkan gol itu daripada dibolosi. Lagi hebat percubaan itu, lagi puas rasanya jika dapat aku halang bola itu daripada menerjah gawang golku. Hah, tinggal kenangan semua itu.

Kesimpulannya? Sabar sahajalah. Spring 2010 nanti insyaAllah aku cuba cari peluang lagi untuk main bola sepak macam dulu-dulu. Midwest game dah jadi target aku. Tinggal nak fitkan diri balik dan cari team yang memerlukan goalkeeper je la sekarang.

Babai.

6 comments:

  1. haha.. rilek r dowh.. dh 3 mnggu aku xmen bola.. kalo men pun, still xenjoy cam kt intec dulu.. dulu smbil men smbil gelak2.. tp kt sini xleh pn.. haih~

    ReplyDelete
  2. heh...at least still leh main ramai2 dowh. ak harapkan juniors taun dpn gak la yg akan main bola sekali...

    ReplyDelete
  3. ok la tu.. tmpt ak rasa nyer dh xde junior dh nex year.. haha..

    ReplyDelete