Pages

Nov 29, 2009

zalim?

Dalam hidup ni, macam-macam kita buat tiap-tiap hari. Nak listkan?

  • jaga,
  • tidur,
  • makan,
  • minum,
  • main, 
  • study,
  • lepak,
  • gelak, 
  • tawa,
  • hilai,
  • senyum,
  • tangis,
  • happy,
  • sedih,
  • jeles, 
  • emo,

Segalanya haruslah pada tempat yang betul, kerana zalim itu adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Mahukah kita menjadi orang yang zalim terhadap manusia lain ataupun terhadap diri sendiri?

Makan tak bertempat, tak elok.
Tidur tak bertempat, maunye orang menyampah tengok.
happy tak menentu, gilakah?
sedih memanjang? diri sendiri seksa.
gelak tak kena waktu? orang pandang slack.
jeles ikut sukahati je? pening orang, pening diri sendiri jugak.
emo tak kene pada tempat? bak kata nabil, lu pikir la sendiri =p
*penat nak taip banyak2 lagi dah*


Heh, tu explanation yang agak panjang. Dalam hidup ni, cubalah letakkan benda-benda tersebut kene pada tempatnya. Gurau tawa yang tak kena pada tempatnya, boleh jadi benda yang menyakitkan hati orang lain. Serius tak bertempat? Jangan harap nak dapat ramai kawan camtu. Jadi? Berhati-hatilah ye sentiasa agar tak terzalim kat sesiapapun termasuk diri sendiri :D

*peringatan untuk diriku ini sendiri*

2 comments:

  1. 2 thumbs up! =) betul2. someone said this to me before: " org yg byk ketawa, sebenarnye.. die lah yg plg sedih" hehe.. time tu mmg tak paham. but. it's true... =) hehe.

    ReplyDelete
  2. selalunya kakju orang byk ketawa depan org nie act xnak tunjuk dia sedih kan..hee.

    ReplyDelete