Diam itu indah.
Indah, abstrak, dan misterius.
Diam itu dapat ditafsirkan melebihi seribu bahasa.
Diam itu punya banyak makna.
Tidak tunggal maknanya.
Diam juga punya kesesuaian.
Diamlah bertempat,
bukan pada semua tempat.
Diamlah pada masanya,
bukannya setiap masa.
Diam mungkin bawa celaka,
tapi mungkin juga bawa bahagia,
Diam tidak bermakna sia-sia,
mungkin juga bermakna 'ya'.
Diam tidak bermakna bodoh,
tapi mungkin sebagai hormat,
Diam bukannya bermakna tidak pasti,
tapi mungkin mahu mengelakkan tutur kata yang sia-sia,
Diam juga tidak bermakna akur,
tapi mahu terlebih dahulu bersedia.
Indah bukan 'diam' itu?
Pelbagai tafsiran boleh dibuat.
Diam itu juga tidak bermakna tak berdaya,
tapi mungkin juga tanda 'marah' yang terkawal.
Kerana kadang kala diam itu adalah lebih baik sewaktu amarah memuncak,
diam itu lebih baik tatkala hati ini diapi-apikan oleh syaitan,
dan diam itu lebih baik daripada melepaskannya sesuka hati,
kerana syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya:
“Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola”
dan daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Diamlah apabila perlu dan jangan aniaya mereka yang tidak bersalah dengan amarah itu. Janganlah sakiti mereka yang tidak bersalah.
=)
No comments:
Post a Comment