Salam.
Sebelum tidur awal sebab esok kena kejar shuttle pukul 7, dan selepas membaca entri terbaru saudara Hilal Asyraf, hati aku terdetik nak berkongsi pendapat aku tentang perkara:jiwa kacau.
Ketenangan itu, bila hadir dalam hati kita, sungguh indah rasanya kan? Terasa bagaikan bebas dari emosi-emosi yang tidak menarik. Terasa bagaikan senyuman itu mudah sahaja untuk diukir. Orang cakap, mood baik lah tu. Itulah antara nikmat-nikmat Allah kepada hambaNya.
Ketidaktenangan? Atau dalam bahasa simple, tak tenang. Terasa serabut. Fikiran bercelaru. Fokus terhadap pekerjaan pada masa itu berkurangan. Terasa bagaikan perlu sangat sokongan. Muka tak berapa nak manis. Orang cakap, moody la tu. Inilah antara dugaan-dugaan Allah kepada hambaNya.
Nikmat itu terasa indah, tapi dugaan, ramai yang merasakannya perit. Oh hati-hati, nikmat itu juga dugaan sebenarnya. Nikmat dan dugaan? Apakah maksudnya?
Itulah tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Tiada manusia yang terlepas dari ujian. Lagi berat ujian itu, bermakna lebih sayang Allah terhadap hambaNya itu. Fikirkanlah, adakah kita diuji seberat kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w telah diuji?
Sudah tentu tidak. Malah jauh sekali seberat dugaan yang telah Baginda tempuhi.
Tidak kisahlah sebagai kanak-kanak, remaja, pelajar, guru, pekerja dan sebagainya, dugaan itu sentiasa ada, samada dalam bentuk musibah atau nikmat.
Lebih sesuai jika aku berkongsi pendapat tentang dugaan sebagai seorang pelajar, kerana ia berkait lebih rapat dengan hidupku sekarang.
Dugaan dalam bentuk nikmat? Oh, adakah ia mengelirukan? Aku rasa ramai orang pernah baca atau dengar ayat ini: Jika kita ingat Allah sewaktu kita senang, Allah akan ingat kita sewaktu kita susah.
Jadi, kesenangan yang kita hadapi itu adalah ujian Allah kepada kita. Kita diuji sejauh manakah kita ingat kepadaNya sewaktu kita bersenang lenang. Contohnya dari pagi sampai ke petang takda kelas, tapi apakah pengisian kita? Facebooking atau berborak kosong sahaja? Ataupun tidur sehingga ke petang? Duit elaun beribu-ribu untuk tiga semester. Bagaimanakah kita mahu membelanjakannya ? Renung-renungkanlah.
Dugaan dalam bentuk musibah? Tak perlu diexplain panjang, mesti ramai dah faham punya. Study banyak, result tak elok. Kemudian frust. Harapan punyalah tinggi nak dapat result elok, tapi dapat yang sebaliknya. Takpun hilang kepercayaan terhadap rakan. Punyalah kita menjadi temannya sewaktu susah, tapi kini kita rasa bagaikan dibuang ke tepi. Ataupun terasa dikhianati? Rasa geram dan frust jugak la bukan? Bersangka baiklah kepada Allah. Dia tidak akan menurunkan suatu ujian itu dengan tujuan untuk merubah kita menjadi lebih jauh dariNya. Malah, untuk menjadikan kita lebih dekat denganNya. Lihatlah betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita.
Aku teringat satu ayat ni yang aku dengar dalam khutbah Jumaat semester lepas.
"Andai kata seorang anak itu lari dari rumah dan menjauhi ibunya, apabila anak itu kembali, sudah tentu si ibu itu akan menyambut anaknya dengan penuh kasih sayang. "Marilah anakku, pulanglah kepadaku..". Itu baru kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kasih sayang Allah kepada makhluknya?"
Akhir kata, biar hilang kepercayaan terhadap manusia, asalkan jangan hilang kepercayaan kepadaNya.
Biar hilang kasih sayang dari manusia daripada hilang kasih sayang kepadaNya dan dariNya. Sentiasalah cuba mendekatkan diri kepadaNya.
Dan ingatlah, Allah tidak menurunkan sesuatu ujian itu melainkan kita mampu menghadapinya. (2:286) Jika terlalai, cepat-cepatlah muhasabah diri. Semoga kita semua tidak selalu terlalai dan lupa kepadaNya.
Dan ingatlah, Allah tidak menurunkan sesuatu ujian itu melainkan kita mampu menghadapinya. (2:286) Jika terlalai, cepat-cepatlah muhasabah diri. Semoga kita semua tidak selalu terlalai dan lupa kepadaNya.
No comments:
Post a Comment