Salam.
Hari ini Ahad. Semalam Sabtu. Oh, semalam ketika online dan membaca blog rakan-rakanku, memerhatikan apa yang berlaku di Facebook, dan juga Twitter, aku pun terfikir tentang suatu perkara:sahabat.
Satu perkara yang aku belum pernah dengar adalah ada seorang manusia normal yang dari lahirnya hingga tamat hayatnya, dia lansung tidak mahu ada seorang pun kawan.
Sudah tentulah manusia memerlukan kawan untuk berinteraksi dalam hidup ini tetapi dengan siapakah kita berkawan? Baik atau burukkah kesannya nanti? Adakah sewaktu kita menjaga hubungan sesama manusia(berkawan), kita lupa akan hubungan kita dengan Pencipta?
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri" (4:36).
Lihat, hubungan dengan Allah adalah yang utama, barulah diikuti dengan hubungan sesama manusia.
Manusia itu perlu sentiasa diingatkan ke arah yang benar kerana syaitan itu sentiasa cuba menyesatkan manusia. Adakah kita berkawan dengan kawan yang sentiasa mengingatkan kita?
Apabila masuknya waktu subuh,
"Jom bangun, solat subuh. Dah masuk waktu ni.."
Dan pada masa yang sama, syaitan akan membisikkan ke telinga kita
"Baru pukul berapa. Tidur la sikit lagi. Tak lama, 10 miniiiiiittttt je...takpun tunggu la alang-alang matahari nak naik."
Oh itu apa yang syaitan bisikkan ke telinga kita. Bagaimana pula kalau rakan kita pergi cakap perkara sama kat kita?
"Lepak-lepak. Awal lagi..baru pukul berapa bro...nanti la subuh tu."
Alamak, itu kawan kitakah yang sedang berkata-kata? Benarkah itu kawan kita? Nampak gayanya macam mengajak ke neraka je.
Itu berkaitan dengan solat, iaitu tiang agama kita.
Dalam situasi-situasi lain?
Andaikan diri ini rasa perlu sangat berubah dan tinggalkan perkara-perkara yang salah, dan kita pergi jumpa rakan kita..
"Baguslah. Berubah la slow2. Dekatkan diri denganNya. Yang wajib jangan sekali tinggal, yang sunat diperbanyakkan, yang makruh dielakkan, dan yang haram jangan terfikir nak buat pun. InsyaAllah."
Bagusnya nasihat tu. Orang mahu berubah, sokonglah dan berilah semangat serta tunjuk ajar. Tapi syaitan pula akan terus berusaha untuk menghalang kita daripada ke arah kebaikan. Usahanya itu datang dalam pelbagai cara, termasuklah dengan kata-kata sahabat kita yang boleh menjatuhkan semangat kita, seperti:
"Alah kau nak bajet baik. Sejak bila ko jadi baik ni? Aku kenal ko macamana. Come on la, apa barang pergi study overseas kalau tak enjoy kat club tu. Bila lagi nak rasa kan?"
Apakah itu? Sahabat kita ke tu? Apa salahnya meninggalkan perkara yang salah dan kejar perkara yang benar? Tengok bawah, kaki dia masih jejak tanah, tapi dia mengajak perkara yang dilarang. Eiii seram sekali lagi....
Hmm, kalaulah aku punya rakan yang mengajak aku ke arah yang salah, aku berharap aku mampu tegur dia dengan cara yang betul dan dia pun semoga akan berubah satu hari nanti.
Teringat akan status Facebook saudara Hilal Asyraf: Allah pun dia tak kenal, kamu nak suruh dia tinggal perkara seperti couple dan rokok? Sebab itu dakwah kamu tidak berjaya.
Sebab itulah aku harap, aku dapat menegur dengan betul rakan yang mengajakku ke arah yang salah dan menunjukkan teladan yang tidak elok.
Jadi, berdasarkan contoh situasi-situasi di atas,nak ikut ajakan siapa?
Mahu mengikut ajakan makhluk Allah supaya mentaatiNya atau ajakan makhluk Allah untuk melanggar perintahNya?
Fikir-fikirlah sekali lagi apa tujuan kita di atas muka bumi yang sementara ini.
Aku berharap yang aku sentiasa mengikut ajakan sahabat yang membawa ke arah kebaikan.
Syukurlah jika kita sedang berkawan dengan golongan seperti itu. Kepada golongan yang sentiasa mengingatkanku ke arah yang benar, terima kasih. Syukurlah aku mempunyai sahabat-sahabat seperti itu sekarang:)
Bila sudah diberi hidayah dariNya,selalulah mohon supaya hati sentiasa ditetapkan dalam keimanan.
ReplyDeleteInsyaAllah may Allah bless..:)
Yep. Iman itu boleh subur, boleh tandus. Mintak2 la tak berkurang.Thanks:)
ReplyDelete