Salam.
Sihir. Entah mengapa tiba-tiba aku berminat mahu menulis tentangnya. Aku tidak banyak ilmu pun tentang ni, sekadar berkongsi apa yang aku baca dan juga pengalaman aku sendiri.
Sesetengah orang akan berkata..
"Uish, kalutlah kau ini. Ini dah masuk zaman apa? Mana ada lagi benda-benda sebegitu.."
manakala sesetengah orang pula akan berkata "semoga dijauhkan dari perkara-perkara sedemikian."
Jelas terdapat dua pendapat berbeza tentang sihir dalam masyarakat zaman sekarang. Pening memikirkannya? Sebagai umat Islam, mari kita rujuk sumber rujukan ulung yang boleh digunakan sepanjang zaman, al-Quran.
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. (al-Jin: 6)
Benarlah, sihir itu wujud dan bukannya 'cerita orang tua-tua' sahaja. Ia adalah salah satu daripada taktik syaitan untuk memesongkan akidah kita.
Tanda-tanda bagi mangsa sihir ataupun gangguan jin ini amatlah banyak. Antara tanda-tanda yang aku baca dari laman web ini adalah:
- Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
- Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
- Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
- Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak tahu mengubatinya.
- Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
Serius, aku pernah mendengar dan melihat sendiri petanda-petanda di atas daripada mangsa gangguan jin.
Dan salah satu fakta menarik yang aku jumpa:
"Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia."
Dan aku pernah mendengar cerita daripada seseorang yang menerima rawatan, bahawa ketika ustaz tersebut meletakkan tapak tangannya di atas kepala mangsa sihir itu, secara tiba-tiba mangsa merasakan sakit di bahagian atas kepala yang berpanjangan sehingga dua tiga hari.
Kemudian aku telah terjumpa artikel ini berkenaan cara untuk mengelakkan diri dari gangguan sihir:
Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat al Bukhari.)
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur.
Berwuduk sebelum tidur.
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy)
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:
'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
(Riwayat Abu Daud).
Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya:
"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk ke dalam tandas.
Membaca doa perlindungan apabila masuk ke dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah.
Memagar isteri selepas selesai akad nikah.
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud)
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud)
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat alKursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat alKursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."
(Riwayat al Bukhari)
Jelas sekali dengan mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa meminta pertolongan dariNya, kita dapat mengelakkan diri daripada tipu muslihat syaitan yang licik.Oleh itu, sama-samalah kita ambil iktibar walaupun mungkin perkara di atas belum pernah terjadi kepada diri kita.:)
Tq for the info on how to avoid black magic. Keep up the nice articles~!
ReplyDeleteno prob and thanks:)
ReplyDelete