- Yang paling ketara, nama-nama yang digunakan kat Friendster. Cool sangatkah kalau guna nama pelik2, contohnye 'xX~JeBoN~Xx', '
'~cayunk[MUAHXX]♥~, dan nama2 lain yang menggunakan pelbagai simbol. Naik muak aku tengok nama-nama yang dianggap kononnya 'stylo' tu. Kemudian, hari ni nama lain. Minggu depan, nama lain pulak. Haha, bosan dengan display name sendiri kah? Susah tak kalau letak nama sendiri contohnye 'Azim Ikram' tak pun 'Rustam Mahmud' ke? Ataupun segan dengan nama sendirikah? Tahu tak punya la susah nak cari orang tu kat Friendster kalau tiap2 minggu nak ditukar display name dia? Hari ni, nama dia 'Gadis Cumil'. Minggu depan 'Gadis Cute'. Bulan depan?? haih~ Tolong jangan bawak perangai ini ke Facebook boleh tak? Aku taknak la bosan guna Facebook sebab tiap-tiap nama-nama pelik camtu muncul kat Home aku. - Cara menulis itu, sungguhlah kreatif sehingga huruf kecil dan huruf besar boleh muncul di mana-mana dan membuatkan mata aku penat membaca. CuBa bAcA TuLiSan Ni. SeNaNg X? Ok, kalau rasa senang, cUbeW aWk bCe yAnG iNi PuLeW? sUkEw X bCe aYat2 CaMnIe? SuKewwwwww? xoxo(^_^)!!! Ouch, gediknya. Aku ulang, gediknya:) Lagi aku menyampah kalau lelaki yang tulis macam tu. Kamon bro, umur bro berapa? Or should I call you 'bro'? Gaya macam budak perempuan kecik yang suka tulisan2 fancy camtu je. *meremang bulu roma kegelian.haih*
- Suka add kawan ramai walaupun tak kenal. Entah2 dalam 500 orang friends, yang kenal tu hanyalah 20-30 orang je? Antara ayat femes sewaktu nak add new friend tu: "View je ke profile? Xnk add ke?"..Sanggup pulak hantar mesej camtu kat Friendster. Sounds desperate. Entahlah kalau that person tu adalah anak kepada tukang kebun jiran rumah sebelah aku ke, aku malas nak buat research mendalam pasal siapa yang add aku. Tolong jangan main add orang je kat Facebook walaupun tak penah kenal orang tu okay? Haih.
- Point ini agak famous. Harapkan profile je private habis. Tapi shout out profile: "Wanna know me more? Add me up okay? blablabla@yahoo.com tau?".Then bila dah add,"Thanx for adding. Nice to know u. Comment2 selalu aite?"=.=! What the fish? Kurang kawan sangatkah?
Dude, aku tak kisah kalau perkara2 kat atas tu stay dalam friendster je. Tapi tolonglah jangan rosakkan dan kotorkan Home Facebook aku dengan perkara-perkara kat atas tu. Grow up dude.
Maaf jika terkasar bahasa. Hanya meluahkan apa yang ada dalam fikiran:)
gosh!!!! i agree with everything you posted here.
ReplyDeletelike it like it like it.
okay i should stop hehe
so can i link this blog of yours?? :D
Haha thanks.Sure2, just link this one and please remove the old one:)
ReplyDelete