Pages

Dec 12, 2009

macam bawak kereta..

Buat apa kita pandu kereta? sebab nak ke suatu tempat. 
Anggap la tempat tu sebagai destinasi kita.
Sebelum pandu kereta tu, tentukan destinasi kita, agar tak sesat nanti.
Kalau sesat, kita juga yang akan susah nanti kan?

Ok, pakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.Then, start enjin tu. Guna gear 1 dulu. Jangan rush nak ke gear 2. Then bila dah ok, baru masuk gear 3 dan seterusnya ikut kesesuaian. Ingat, stereng tu, kawal elok-elok kalau tak nak terpesong.
Bawak la kereta tu. Ingat, jalan raya tu bukan milik kita je. Orang lain pun ada hak mereka. Jangan ikut kereta depan terlalu dekat, nanti nahas kalau dia buat emergency brake.
Jangan ikut jauh sangat gak, nanti kesian kereta kat blakang nak potong kita. Toleransi tu perlu ada semasa memandu. Walaupun tu jalan kita, tapi apa salahnya bagi peluang untuk kereta dari simpang untuk masuk jalan tu. Barulah tak wujud stress yang tak perlu sewaktu memandu.

Alamak, kereta depan bawak macam orang mabuk? Hon la dia, mana tau dia tak sedar ke dia buat silap. Hon pun, elok-eloklah. Janganlah hon kereta depan tu sampai kereta lain menyampah dengan cara kita hon dia.

Ok, teruskan memandu.

Ops, sampai ke lampu isyarat. Merah? Jangan la pandai-pandai nak pergi jugak kalau lampu merah. Sabarlah sampai hijau. Ingat, kalau berdegil, bukan susah kita seorang je. Orang lain pun merana tau.
Dah hijau? pergi la. Teruskan memandu..

Oh, nak bawak laju-laju? Berhati-hatilah. Mungkin sementara sahaja perasaan teruja time bawak kereta laju2 contohnya sampai 160km/j ke, tapi ingat, teruskan memandu dengan berhati-hati. Ikutlah peraturan2 dan had laju yang dah ada kalau tak nak rasa accident tu seksanya macamana.

Berbaloikan accident dan membahayakan nyawa sendiri semata-mata nak show off atau bergembira atas jalan raya?

Tak berbaloi.

Pernah accident? Ingat apa silap yang pernah anda lakukan kalau pernah accident.
Tolong jangan ulang kesilapan yang sama. Selamat memandu ke destinasi:)

Oh,sebenarnya aku nak analogikan proses memandu kereta itu dengan perkara di bawah:






Buat apa kita hidup? Bagi Muslim, kita tahu bahawa tujuan kita dijadikan adalah untuk beribadah kepadaNya. Kiranya, hidup ini tujuan. Ada destinasi yang perlu kita tuju.Jadi, 'set'lah destinasi hidup kita dalam kepala kita agar tak sesat.
Kalau tersesat, terpesong, dan lalai dalam hidup, sendiri jugak susah bukan?

Baik, tuntutlah ilmu sebagai langkah keselamatan agar tidak tersesat dalam hidup.
Dalam hidup, mulakanlah sesuatu dari bawah. Jangan rush nak terus ke peringkat kedua kalau peringkat pertama belum selesai. Ukurlah baju di badan sendiri.
Dalam hidup, tak boleh nak fikir pasal diri sendiri sahaja. Kalau jalan raya tu bukan milik kita saja, hidup pun camtu. Kalau nak pandu kereta ikut suka, orang bengang. Dalam hidup, kalau nak buat suka hati je, makin hari makin ramai pe'nyampah' kita nanti. Elakkanlah stress yang tak patut wujud dengan mengelakkan sifat pentingkan diri tu.

Tak ada manusia yang tak buat silap. Hon itu ibarat teguran. Tegurlah mereka yang tidak sedar akan kesilapan mereka itu dengan berhemah. Bukan main redah sahaja. Walaupun niat baik di hati, tapi andaikata kita tersilap tegur, perasaan orang lain yang terguris.
Main tegur orang sahaja ikut suka hati, orang menyampah. Percayalah.

Teruskan memandu hidup kita.....

Alamak, lampu merah? Janganlah lakukan laranganNya. Itu mencari nahas dan musibah. Bukan kita sahaja yang merasakan bahananya, tapi mungkin ahli keluarga kita? Carilah lampu hijau, iaitu perkara-perkara yang diredhaiNya.

Nak bawak kereta laju2? Anggaplah itu seperti melakukan perkara yang kita rasa menggembirakan kita. Fikir balik, adakah perkara yang kita lakukan itu akan menggembirakan kita untuk sementara sahaja atau sebaliknya? Jika hanya untuk sementara, janganlah sampai ia melalaikan kita. Bukannya tak boleh nak bergembira, tapi ada 'had laju'nya.
Janganlah kerana kegembiraan sementara yang tak terkawal, kita 'accident' pada kemudian hari. Nak ke merana dan salahkan diri sendiri?
Itu adalah amat S.E.K.S.A.

Pernah 'accident'?
Lihat balik apa silap kita.
Tolong jangan ulang balik.
Jangan ulang silap yang sama...

Nak ke accident lagi?
Nak ke?

Sangat banyak perkara dalam hidup ini yang kita boleh lihat dan fikir untuk dijadikan sebagai pengajaran dan nasihat..
Dan aku sedang menasihati diri sendiri:)

5 comments:

  1. nice post..mari saling ingat mengingat kalau tersasar dari jalanNya..=)

    *bm ko makin hari makin bagus..nak gak cakap..haha..:P*

    ReplyDelete
  2. reaallly2 nice post! *two thumbs up*

    aku penah xciden. dan xnak xciden lagik.. sbb xcden sgt saket. :(((

    tp xcden gak wat aku lebih berhati2. org melayu kata apa? dah terhantuk bru nk tergadah.. tp aku rasa belum lambat lagi utk tergadah.. cm omputih kata, better late than never... ya dak? ermmm.. ya la kot. *aku cm ckp dgn diri snirik ja. ah. abaikan*

    ReplyDelete
  3. haha. msti pas accident tu, fobia jap. tapi lps tu kne gak drive balik. time tu mmg hati2 gila ah.
    jgn takot nk drive terus dah la.:)

    ReplyDelete
  4. uwow. hebat ar bobi. tercabar blog akak

    ReplyDelete