Apa itu satu perkatan di mana huruf K datang dahulu antara semua huruf dan diikuti oleh A,P,E dan terakhinya L?
Ia telah menjadi satu perkataan biasa atau common dalam masyarakat Malaysia zaman kini. Adakah ianya merupakan satu perkataan bahasa Melayu yang telah di'slangKL'kan?
Contoh-contoh ejaan standard-slang KL:
- ya-ye
- apa-ape
- kereta-kerete
- mana ada-mane ade
jadi 'kapel' berasal dari perkataan 'kapal'?
contoh penggunaan:
"Mak mak, angah nak naek kapel terbang!"
Er, buruk bebenar bunyinye tuh.
Kalau tulis camtu dalam esei Bm skolah dulu, maunye cekgu BM korang pukul2 korang dengan buku Komsas beliau.
Maaf, itu ajaran yang agak menyimpang.
'Kapel' itu, jika dicari berjuta-juta tahun dalam kamus dewan masyarakat ke, dewan rakyat ke, dewan badminton ke, ataupun yang sebenarnya dewan bahasa dan pustaka, takkan dijumpai dek siapa-siapa pun. Ia berasal dari perkataan Inggeris yang telah diMelayukan dengan suka dan suki hati sahaja, 'couple' yang bermaksud 'pasangan yang ada hubungan dengan satu sama lain'.
Aku tak expect pun korang tak tahu ape itu 'kapel', tapi aku harap korang expect yang aku saja2 je buang masa korang dengan intro yang tidak menambahkan pengetahuan korang lansung itu:p
Oh aku tak mahu bincangkan pendapat aku tentang boleh ke tidak kapel ini. Banyak artikel online, buku2 rujukan, sahabat yang memang boleh pakai, ustaz-ustaz ustazah-ustazah. Tanye pendapat diorang, then pikir la sendiri bab boleh ke tak kapel nih sebenarnya bagi yang bergelar umat Islam.
Aku=no komen buat sekarang, sebab bukan itu tema dan persoalan post ini. *aaah, gile teringat balik time blajar2 novel kat skolah dulu*
Tapi kalau nak bincang kesan dan simptom2 kapel ini, aku=banyak komen!:p
Sebelum aku kupas apakah simptom2 orang yang menghidap penyakit 'kapel' ni, sila perhatikan dua gambar kat bawah ni dengan teliti.
#1. Seekor kambing yang tersenyum.
#2. Kambing yang tersenyum juge...
Dah perhatikan dengan teliti dua2 gambar kat atas?
Begini sebenarnya...
Aku saje je letak gambar tu, untuk hilangkan bosan korang sebelum aku start tulis isi-isi yang sebenarnya:p
Ok, masa untuk serius....
Penghidap penyakit kapel ini selalunya akan menunjukkan beberapa kesan yang dapat dikesan. Antaranya:
- Sukar untuk melakukan suatu tugasan yang diberi.Jika diteliti, lebih 50% daripada golongan yang menghidap penyakit 'kapel' ini menunjukkan simptom yang sama dengan golongan perokok. Jika bagi golongan perokok, mereka tidak dapat duduk senang jika tak bantai sepam dua, tapi bagi golongan penghidap 'kapel' ini, mereka tidak akan senang duduk jika tidak ber'sms' atau ber'ym' dengan pasangan penghidap 'kapel' ini juga. Kesannya? Tugasan seperti kerja sekolah atau assignment akan terbengkalai jika simptom ini tidak diberi perhatian yang serius.
- Mempunyai permukaan kulit ibu jari yang agak tebal akibat penebalan tisu epitelium di bahagian luar kulit ibu jari. Hal ini diyakini berlaku akibat kekerapan menggunakan handphone untuk menghantar sistem pesanan ringkas kepada pasangan penghidap. Biasalah, tak mesej, kang tak lepas rindu pulak atau dalam bahasa lainnya, gian:p
- Mempunyai kuasa minda di luar kawalan akal pada masa-masa tertentu. Sesetengah, aku ulang, sesetengah penghidap 'kapel' seringkali mempunyai kebolehan luarbiasa untuk berpuitis dan mengeluarkan kata-kata indah, seperti "syg, i rindu la kat u..muahxxx", "I xkan cari yang lain dah ok?", "I janji akan setia kat u sampai mati". Contoh-contoh tersebut merupakan ungkapan bombastik yang tidak dikawal oleh akal fikiran. Apa akan terjadi jika suatu hari nanti, hati penghidap 'kapel' itu ditakdirkan berubah? Mana tahu, dia tersuka akan orang lain ataupun tiba-tiba dia penat dengan hubungan itu? Apa akan jadi dengan janji-janji dan kata2 yang pernah ditaburkan dahulunya? Perkara inilah yang tidak difikirkan oleh sesetengah penghidap penyakit ini. Justeru, biarlah emosi dikawal dek akal:)
- Mengalami kesukaran untuk bertutur dengan jelas dan menepati tatabahasa standard. Sesetengah penghidap 'kapel' ini dilihat gemar menggunakan bahasa-bahasa yang aneh dan ganjil sewaktu berkomunikasi dengan pasangan penghidapnya. Contohnya "Cyg, u da titoww kew?", "Aww, rindoo lew kat u...xoxo", "Napew x call I td?" ,"Lerv u darl~" dan sebagainya. Telah jelas kelihatan bahawa mereka ini sukar untuk menggunakan bahasa yang betul, sekaligus membawa kepada wujudnya kerosakan yang tak patut dalam bahasa Melayu ini. *heh, geli kot tgk orang tulis camtu.*
- Perubahan cara pemikiran yang signifikan bagi sesetengah penghidap. Kajian yang telah aku jalankan menunjukkan keputusan bahawa sebahagian mereka yang menghidap 'kapel' ini mengalami perubahan cara pemikiran. Mereka ini kerap mengalami perubahan mood, suka menaruh harapan terlalu awal, dan mungkin berubah menjadi manja sampai menimbulkan kegelian antara sahabat handai mereka. Sebagai contoh, hari ni mood si Zakiah baik sahaja. Maklumlah orang bahagia. Tapi esoknya dia gaduh dengan balak dia, Zaki. Tiba2 mood berubah. Muka masam macam cuka basi. Sekelip mata berubah jadi pemarah. Satu dunia tahu. Then esok lusa baik semula. Bermanja2 semula sampai kawan-kawan semua dapat tahu bila dia ini gaduh, bila baik. Eww.apakah itu? Hidupmu itu macam mukasurat Berita Hariankah?
Begitulah antara simptom orang yang menghidap 'kapel' peringkat agak kronik. Jadi, renung2kan lah. Fikirlah, mana lagi banyak. Baik atau buruknya? Kalau dah obses dengan pasangan sendiri, muncullah simptom2 kat atas tu.
Bak kata seorang sahabat aku, "jangan obses!".Mempunyai perasaan kat jantina berlainan itu sebahagian daripada fitrah.Tapi ingat, suka tak semestinya 'kapel'. Fikir2lah :)
er,.mempunyai perasaan kat jantina berlainan itu sebahagian daripada fitrah. Tapi kalau mempunyai perasaan kat jantina SAMA itu, parah dan akan parah dikerjakan. geli shioot. Adios.
p/s: Pendapat aku, tak payah la kapel weh. Kenapa? Luaskanlah ilmu tentang perhubungan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin dan luangkanlah masa untuk berfikir tentangnya:)

haha..tak sia sia ko fikir lama2 wat post ni..:P
ReplyDeletetenx to me yg kasi idea asal..kah kah kah..
*well,nak gak kredit*
n yeah, bm ko makin mantap dari hari ke hari berkat tunjuk ajar aku..=P
*nak suka orang,suka la..but keyword..NO OBSESSION involved please*
:D
ko bagi idea? aku rasa idea ni datang time kita dok kutuk2 orang yg obses kapel.haha...
ReplyDeleteer,trimas....=p
haaha...bobi byk pengalaman ehh??? pandai bobi eje titoww.. ahahahhahaha...
ReplyDeletehonestly..geli gak ayat2 cenggitu. hurmmm..tpkan bobi... rs tak, mcm diorg x kacau pon idop org len? hehe... xde arr..gurau2 je.. diorg kurang mature kot rsnye.
haha.diorang xkacau idop org lain? well, kalau kita nampak kawan kita macam hanyut ke arah yang salah, mesti kita cam risau gak kan?:)Kalau hanyut ke arah yang betul, baguslah>
ReplyDeleteyup3.. bijak jwpn bobi. =) jg kawan2...so that kawan2 kite pun akan care for us.
ReplyDeletebobi, fana... after final. temankan akak buat pao kaya, and gi someplace? JOM3
sure akak. no prob je after final:)
ReplyDeletepao kaya oo!! nak pao miskin gak!
haha...ish3 kakjuuu..sempat lagi dia borak2 sal pau kaya kat blog...ngat ini fb kee??? kodiang betol!!!kah kah..:D
ReplyDeletenk ikut......
ReplyDeletebtw, nice post bobby~
part of Bobby now is getting matured. Glad to know that :)
ReplyDeletebobbbyyyy....rindeww lew kt awakkkk....! ahahahampehnyampahnakmati.
ReplyDeletesetuju sangat la aku dgn point no. 4 tuh... wtheel la ckp smpai berbelit2 lidah. susahkan diri ja la. aish2.
btw, kalau kapel ke arah jalan yg diredhaiNya, insyaAllah ok ja.. ni kapel pun smpai Dia murka, baek xyah...lbh baek jd secret admirer ja.. kahkahkahkantoi.
thanks:)
ReplyDelete