Salam.
Baru-baru Muslim Student Association telah menganjurkan satu talk 'What Happen When We Die", tapi aku dah lupa pulak siapa penceramahnya. Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah disampaikan dalam talk itu.
Kes #1.
Ali merupakan seorang guru BM di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan telah mengajar untuk 12 tahun. Dia merupakan seorang tekun mengajar anak muridnya. Boleh kata, dia tu cikgu kegemaran semua anak muridnya la. Satu hari, gempar sekolah tersebut, dengan berita kemalangan maut cikgu Ali.
Kes#2.
Rosman menjawat jawatan tinggi sebagai CEO sebuah syarikat besar di Malaysia. Sebut nama Rosman, ahli-ahli perniagaan besar kebanyakannya pernah mendengar nama itu. Dia terkenal dengan pemikirannya yang bijak dan strategik dalam mengangkat naik semula syarikat yang dipegangnya. Tapi sayang, dia akhirnya meninggal akibat serangan sakit jantung pada usia 52 tahun.
Ok, cerita rekaan sahaja tu. Tapi apa yang aku ingin sampaikan di sini adalah, tak kisahlah siapa kita:guru besar, pemain bola sepak, pelajar, saintis, penulis, dan sebagainya, suatu tempat yang kita pasti akan sampai adalah kematian.
Ya, kematian. Secara sedar tak sedar, kita semakin menghampiri kematian, cuma entah bila akan sampai ke sana. Sudah tentu kita tak dapat nak elakkan diri dari menghadapi kematian. Tapi ada dua perkara yang kita boleh lakukan:
- Persediaan : perbaiki dan tingkatkan amalan. Ataupun yang kedua,
- Per.....er...er..... : tinggalkan kewajiban dan buatlah sesuka hati tanpa batas di atas muka bumi ini.
Bayangkan, ketika dijemput oleh malaikat maut kelak, apakah reaksi kita sekiranya kita mampu berbicara dengan malaikat Izrail?
"Oh, aku telah bersedia untuk pergi.Aku telah bersedia untuk berjumpa dengan Allah..."
Golongan ini bersedia untuk menerima nikmat yang kekal dari Allah, iaitu ganjaran syurga.
ataupun....
"Tidak, aku tak bersedia untuk berjumpa denganNya..jangan ambil aku sekarang..."
Oh, mereka ini penuh dengan penyesalan dan berharap dapat menghapuskan segala kesilapan yang terdahulu.
Sekarang pilihlah, bagaimanakah kita mahu menghadapi maut? Cara yang pertama atau yang kedua?
Aku banyak dengar orang-orang yang lebih berpengalaman menasihat golongan muda: "Kalau nak buat sesuatu, biarlah kelak kamu takkan merenung kembali perbuatan kamu dan menyesal dengan apa yang kamu buat".
Benar bukan? Kalau bulan depan mahu exam, kita lansung tak sentuh buku malah pergi lepak-lepak kat luar, layan TV, dan buat macam-macam selain study sehingga hari peperiksaan tiba, dan lagi teruk, buku pun lupa dah tauk atau campak kat mana, macamana la agaknya time kita dapat result exam nanti eh?
Begitu jugalah dengan waktu kita di akhirat kelak. Kalau di dunia pun dah lupa akan Maha Pencipta, solat tak mahu didirikan walaupun dia tahu solat itu wajib, al-Quran tak mahu dibaca, hadis dan sunnah Rasul dipandang remeh, puasa itu dianggap memudaratkan mengikut takrifan sendiri, dan lebih rela melancong ke Eropah daripada menunaikan haji....Bukankah itu menunjukkan bahawa kalimah syahadah yang telah diucapkan, hanyalah sekadar ucapan? Macamana la agaknya sewaktu kita nak terima buku amalan di akhirat kelak. Di tangan kirikah? Atau tangan kanankah?
Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam merancang kalau tak mahu dapat result exam yang rosak.
Kalau bulan depan nak exam, janganlah buat semuanya last minute. Bukalah buku itu seboleh-bolehnya sekali setiap hari. Ambil perkara-perkara asas yang kita perlu tahu tentang chapter-chapter yang akan diuji, barulah ambil perkara-perkara tambahan. Tambah pula hubungan kita dengan Pencipta yang dijaga, insyaAllah eloklah keputusan exam tu kelak.
Sama jugalah dengan hidup ni. Mati itu entah bilanya. Jadi persediaan itu hendaklah setiap masa. Carilah kejayaan di dunia, tapi pada masa yang sama, jangan lupakan akhirat, kerana itulah destinasi kita yang kekal. Bolehkah kita mahu bersedia, contohnya..."Weh, bulan depan aku nak mati. Better aku bersedia sekarang.."...
Erk? Tak pernah aku dengar orang cakap macam tu.
Jadi siapa yang lebih bijak merancang? Golongan yang mahukan kesenangan segera tapi merana kemudian hari, ataupun bersabar dan bijak merancang untuk kesenangan sekarang dan masa hadapan?
"dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan."(93:4)
Oleh itu, jika hati itu keras dan enggan mengingati mati, usahakanlah. Lembutkan hati supaya sentiasa mahu bersedia untuk menghadapi kematian. Bagaimana? Bagaimana mahu melembutkan hati?
Zikrullah. Sentiasalah ingat kepadaNya. Hati kita ini diciptakan olehNya. Jika kita berusaha untuk kembali kepadaNya, nescaya Dia akan lembutkan hati kita.
Tapi, cinta kepada dunia secara tiba-tiba jadi memuncak? Terasa nak enjoy itu ini. Nak buat macam-macam. "Eh, takkan tak boleh nak cintakan dunia?" Kebanyakan manusia pada zaman kini, tertanam dalam hati mereka cinta kepada dunia. Cinta akan harta benda. Cinta akan kemewahan. Apatah lagi diriku sendiri. Tapi ingatlah, bahawa cinta kepada dunia itu harus dikawal supaya tidak membuatkan cinta kita kepada akhirat itu lupus. Cinta akan dunia yang terlalu kuat dan tak dikawal, akan menyebabkan kita tidak bersedia untuk meninggalkan dunia ini kelak. Ia akan membuatkan kita tidak bersedia untuk menunaikan solat kerana study itu lebih penting? Minta dijauhkan.
Rasulullah SAW ada bersabda : “Demi Allah,bukanlah kekafiran atau kemiskinan yang aku bimbangkan atas kamu, akan tetapi aku bimbang kalau-kalau kemewahan dunia yang kamu dapatkan sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum kamu, lalu kamu bergelumbang dalam kemewahan itu sehingga kamu binasa sebagaimana mereka dahulu bergelumbang dan binasa pula.” ( HR. Bukhari)
Ops, lupakah kita bahawa dunia ini sekadar persinggahan dan tempat kita diuji sebelum diangkat semula ke syurga? Atau neraka, jika gagal ujian di dunia ini. Kelak kita akan ditanya:
- Bagaimanakah kita telah menggunakan usia kita?
- Bagaimanakah kita telah menggunakan usia muda kita?
- Bagaimanakah kita telah menggunakan kemewahan kita?
- Bagaimanakah kita telah menggunakan ilmu kita?
Oh, macamana agaknya nak jawab pertanyaan-pertanyaan itu di hadapan Allah kelak?
"Er, saya..saya menggunakan usia saya...dengan tidak menunaikan solat lima waktu sehari semalam. al-Quran pun entah kat mana saya letak. Oh, sejadah saya, orang lain yang guna.....Duit saya? saya guna untuk..berparti!bla bla....".
Ish, sedih sangat jawapan tu. Mahukah begitu?
Pada akhir ceramah itu, aku teringat balik satu ayat yang disebut oleh Encik Penceramah yang aku terlupa namanya itu:
"Let the day you die be the best day of your life".
Ya, biarlah hari itu menjadi hari terbaik dalam hidup kita, kerana pada hari itu kita tahu nikmat yang lebih berganda nilainya dan kekal menanti di hadapan. Amin.
tenx for sharing..
ReplyDeletebtw, Islam itu syumul. Hopefuly kita jauhkan diri dari set minda kita Islam itu hanya terletak pada solat, baca Al-Quran dan etc etc. Semua perkara yang kita lakukan adalah ibadah bila niatkan kerana Allah dan mengikut undang2 yang Allah yang telah gariskan untuk kita hambaNya.
Silapnya sekarang bila orang hanya pilih2 yang mana dia rasa nak buat dan tinggalkan yg mana rasa x nak.
May Allah bless :)
Yep2. Islam itu syumul. Thanks for reminding. I missed a big part of that point above. Dan betul, silap besar kalau orang pilih2 nak amalkan yang mana dan nak tinggalkan yang mana. Minta dijauhkan:)
ReplyDeleteserius...aku suke post ni.
ReplyDeleteZikr al-Maut together....
kejar mati, jgn lupa dan takut mati.
Thanks. aku cuma sampaikan balik isi-isi ceramah hari tu walaupun bukan 100% lengkap.Btol, harap kita jgn terlalai sampai lupa akan mati..
ReplyDeletenice =]
ReplyDelete