Pages

Jan 19, 2010

Tak Terungkapkan

Malam itu dingin. Salji yang berkumpul di atas muka bumi makin mencair dan secara perlahan-lahan menampakkan rumput yang masih hijau walaupun berhari-hari dilitupi salji. Taufiq melangkah perlahan dari kedai runcit ke rumahnya. Perlahan sahaja, kerana dia ingin menikmati dingin yang nyaman itu. Ya, dingin hari ini adalah dingin yang nyaman, bukannya dingin yang mencucuk sehingga ke tulang hitamnya.

Sampai sahaja Taufiq ke dalam biliknya, dia merebahkan diri di atas katil. Pandangannya ke atas, namun kosong. Pandangan sahaja kosong, tapi benaknya penuh dengan perlbagai persoalan. Persoalan tentang perikemanusiaan yang kian luntur dek hasad dengki. Hairan, mengapakah ada manusia yang sanggup menjatuhkan saudara seIslamnya kerana tujuan yang terang-terang dilarang dalam agama?

Dan fikirannya terus melayang..



"Hey, ko dok pikir pasal awek ke ape?" sergah Hisyam, teman sebiliknya yang baru pulang dari gym.

"Eh, awek amendanya. Sejak bila aku ada awek dan aku tak bagitau ko ni?"

"Haha, ye la tu. Dah berapa kali aku keluar masuk bilik, bukan ko perasan pun..dok pandang atas ja. Entah muka siapaaaa la ko dok bayangkan seputih siling tu."

"Heshhhhh...cakap la ape-ape ko nak cakap......" balas Taufiq ringkas. Hisyam pula terus dengan halnya sendiri.

Maaf la Hisyam oi. Bukannya tak mahu berborak dengan lebih panjang. Tapi fikiran aku kusut sedikit. Sudah pukul berapa eh? 10.30pm?? Oh, aku belum solat Isya'! Patutpun jiwa kacau. Astaghfirullah.

Lantas Taufiq bergegas ke bilik air dan menambil wudu', bersedia untuk menunaikan solat Isya'.

Assalamualaikum warahmatullah.....Salam selesai diberi. Dia bangkit dari sejadah dan kelihatan "4 missed calls". Diambilnya telefon bimbit itu dan dilihat....

"Oh, mama...alahai termiss pulak call dia....Mintak-mintak la dia on skype nih.."

Taufiq terus meluru ke arah laptopnya lalu me'log in' ke akaun skypenya. Namun tidak kelihatan pula ibunya online.

"Weh Hisyam, ko ada perasan tak phone aku bunyi?"
"Oh, takde pulak...weh bukan ko silentkan phone ko ke? Nak kontek pun susah daaa"
"A'ah..heh, sory la ye...baru perasan.."

Dia pun kembali merebahkan diri ke atas katilnya dengan telefon bimbitnya dalam genggaman. Sejak beberapa hari yang lepas, fikirannya banyak melayang pulang ke Malaysia, dan lebih tepat, ke arah keluarganya. Dan entah mengapa, hari ini rindu itu lebih kuat daripada hari-hari yang sebelumnya.

Sekali lagi fikirannya melayang ke suatu masa sebelum dia berlepas pergi dari Malaysia ke bumi Amerika ini..

"Ok ya adik-adik, saya harap kalau ada soalan tentang perjalanan kamu ke US ni, sila la tanya sekarang ya..Kalau tak, kamu semua ada....10 minit lagi dengan keluarga kamu.." kata Hazlina, ketua pegawai JPA yang hadir pada pagi itu.

Taufiq beransur pergi. Tiada soalan pun yang bermain dalam kotak fikirannya. Yang ada, hanyalah mahu meluangkan masa dengan empat orang insan yang paling dia sayang dalam hidupnya. Abah, Mama, Shila dan Mi.

"Ok, dah masanya untuk berlepas...." teriak Cik Hazlina dari jauh.

"Oh, 10 minit sudah tamat?? Rasanya macam baru 10 saat kot? Eh, apasal adik pompuan aku ni? Tunduk aje...tak perasan pulak.."

Taufiq mendekati adik perempuannya. Shila masih tunduk. Tangannya terus mengesat matanya manakala rambutnya masih menutupi separuh wajahnya.

"Shila, nape ni?"

"Abang.." matanya merah, berair.

Oh, alamak. Oh adikku, tahu tak abang ni tak berapa pandai nak handle perempuan menangis? Er, apa patut aku buat? Ku rapatkan diri dengan adikku dan memeluknya,erat.

"Shila, jangan nangis-nangis eh. Nanti abang akan balik punyerrrrr" aku cuba menenangkan perasaanya.
"Abang, janji tau balik tahun depan..." tersekat-sekat suaranya kedengaran.
"Baik, baik, abang janji. Takkan taknak balik pulak kan kan?"..

Adeh, apahal la pulak aku ikut adik aku menangis ni? Panas je pipi ni. Adoi, kantoi pulak. Takpe takpe, ini tandanya aku dapat menyelami perasaan adik aku sendiri. Haih Taufiq, Taufiq.

Kemudian Taufiq pergi ke arah adik lelakinya, Mi.
Aik, lain juga air mukanya. Masam saja, tapi aku tahu dia takkan menangis.Mungkin disebabkan aku tidaklah terlalu rapat dengannya jika dibandingkan rapatnya aku dengan Shila.

"Mi, tak fly pun takpe. Yang penting nanti dapatkan straight A tau..."

Dia mengangguk perlahan, dan dan matanya Dielakkan daripada bertentang lama denganku. Mahu mengawal emosi agaknya.

"Mama, Taufiq nak pergi dah ni. Mintak maaf banyak-banyak eh..Abah pun. Mintak maaf banyak-banyak eh. Doakan Taufiq pulang dengan selamat nanti.."

Mata mama sudahpun penuh dengan air mata. Abah pula, kali ini aku dapat melihat anak matanya bagaikan berkata kepadaku "Abah doakan kamu jadi insan yang berguna dan berjaya. Abah sayang kamu".

Dan aku melangkah perlahan ke arah pintu masuk penerbangan bersama rakan-rakanku yang lain sambil menoleh ke belakang sekali dua.

Terima kasih kalian...

"Woiiii, mak ko call skype, takkan tak dengar lagi kot?" jerit Hisyam yang sedang berada di meja studinya.

"Oh oh, time kasih...tak perasan plak beb..".

Lantas aku terus menekan 'answer with video' dan menunggu wajah mama terpampang di skrin laptopku. Nasib baik la dia on jugak skype ni. Fuh.

"Taufiq, sihat ke?".Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut mama.
"Sihat ma. Mama macamana? Yang lain pun sihat je?"
"Oh, sihat ja. Macam tu la."
"Shila pulak macamana ma? Hari tu kan dia jatuh lagi kat lutut dia yang patah dulu tu?"
"Dia, hari ni dah nampak cam boleh jalan dengan elok dah. Nasib baik tak jadi apa-apa kat lutut dia tu. Sengal-sengal sikit ja.."
"Oh, baguslah.Taufiq syukur la sihat-sihat ja..cuma esok kelas nak start balik dah.."

Dan perbualan itu belanjutan selama hampir 45 minit. Sewaktu pemergianku, mereka sihat-sihat sahaja. Harap-haraplah mereka tak ditimpa apa-apa musibah. Aku nak tengok mereka sihat semuanya sewaktu pulang nanti.

"Ok la, gi la tidur. Nanti tak terbangun pulak. Esok kelas awal kan?"
"A'ah. Baik ma.."
"Jaga diri eh. Ingat kat Allah. Apa yang dilarang, jauhkan eh. Makan minum pun jaga, nanti air muka berubah kalau makan benda-benda haram."

Mamaku tak pernah penat mengulang nasihat tersebut. Dan aku menghargainya setiap kali dia menasihatiku. Kasih ibu, bukankan itu satu nikmat yang besar dari Allah? Syukur atas nikmatmu-nikmat kasih sayang seorang ibu.

"Baik ma. Takkan punya. Taufiq masih survive kat sini.."
"Ok, bye..."
"Bye...." kataku perlahan..

...dan yang aku tak terungkapkan di mulut adalah "Taufiq sayang mama..."

Biarlah ungkapan itu menjadi ungkapan pertama setibanya aku di Malaysia kelak. Semoga Allah melindungi mereka semua. Amin.

*Dah lama aku tak menulis cerpen. Last tulis betul2 pun time sekolah menengah. Yang ni pendek je...:p*

6 comments:

  1. Nice..megi...tp ade nme salah..Taufiq megi..Taufiq... nnt bce balik tau2...=)

    ReplyDelete
  2. mengaliaq ayaq mata aku baca cerpen nih. mmg touching hbs la. ermmm... kadang2 mmg sukar seorang anak nak express feeling dia saaayyaaang sgt kt parent dia secara terus terang cmtu. 'i love u, mak..' bg aku snirik mmg susah nk ckp dpn2. pa yg bleh wat, doa kebhgiaan dan keselamatan diorg. nak adiahkan kejayaan kt diorg. tuh yg aku mampu wat. nk express feeling straight to the point mmg agak susah bg aku. but i love them. i really do. sapa x syg parent kan...? :)

    alamak. terpanjang pulak. hehe.

    ReplyDelete
  3. eh smpai menitis air mata ya...btw thanks2 baca:)

    ReplyDelete