"some guys prefer girls yang simple, tak banyak solek, straightforward, tak pendam-pendam perasaan sangat, tak suka shopping sangat, dan meriah!:D"
Di atas adalah hasil bancian saya dengan saudara XYZ (bukan nama sebenar). Ya, benarkah semua lelaki suka perempuan cun sahaja? Cun sahaja tak cukup sebenarnya untuk menjadi alasan untuk menyukai seseorang wanita. Kalau cun tapi banyak songeh, susah juga bukan? Jadi kami telah membuat kajian mengapa sesetengah lelaki lebih suka wanita yang mempunyai perwatakan seperti di atas. Mari kita tinjauuu dan bincangkan ciri-ciri tersebut!
SIMPLE bermakna tak fikir banyak sangat. Tak fikir terlalu serius tentang "kalau buat ni, kan jadi macam ni.takut la..", "boleh ke aku buat ni..cam susah je", "kalau aku buat camni, kang si ABC kisah, then si DEF makan hati pulak..." dan yang sewaktu dengannya. Tak salah pun berhati-hati, tapi kalau dalam semua perkara, 24/7, itulah yang kami definisikan sebagai tak simple:D
Mungkin some guys prefer berkawan dengan wanita-wanita simple ini kerana mudah nak plan, mudah nak dapat kata sepakat dan buat macam-macam aktiviti bersama-sama.
"Lebam lah otak aku kalau nak fikir semua benda dan nak jaga hati semua orang" adalah ayat yang biasa kami dengar daripada wanita yang berfikiran simple. Hoyeah:)
TAK BANYAK SOLEK bermakna, tak menyebabkan lelaki (kawan ke, boyfriend ke) menunggu lebih daripada 15minit atas alasan "kejap kejap, 5 minit, saya tengah bersiap". Tak kisahlah kalau dia banyak bersolek, tapi janji siap on time:) Sesetengah lelaki lebih senang dengan wanita yang kurang bersolek atau bersolek tapi siap on time kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan dengan lebih pantas.
Ahha, mungkin juga lelaki itu tak pandang sangat paras rupa. Wah, bertuah dapat laki macam tu jadi member kan:D
STRAIGHTFORWARD bermakna perkataannya mudah difahami dan jarang mempunyai maksud yang tersirat. Hal ini kerana sesetengah lelaki tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh sesetengah wanita kerana maksud yang tersirat, seperti:
yang diucapkan = yang dimaksudkan
1. Yes = No
2. No = Yes
3. Maybe = No
4. We need to do this= I want to do it
5. I am sorry = you'll be sorry
6. We need to talk = you're in trouble
7. Sure, go ahead = you better not
8. Do what you want = you will pay for this later
9. I am not upset = of course I am upset, you moron!
10. 5 more minutes! = I mean 30 minutes actually.
Mungkin sebab itulah muncul dari mulut lelaki "aku nggak bisa ngerti sama ini cewek dong.."
Tapi ingat, straightforward biarlah bertempat. Kalau ada berita-berita sedih ke, berlapis-lapislah. Lebam ah kalau berita sedih pun main direct je bagitahu. Doktor yang kerja bedah-bedah orang pun berlapis. Macamana doktor berlapis?
Keluar daripada operation theater...
"I'm sorry..."
Ngahaha serius teringat kat Taran dowh.."I'm sorry"(Taran,2008)
TAK PENDAM-PENDAM PERASAAN SANGAT bermakna, kalau ada apa-apa yang dia tak puas hati samada kepada kawan ke, balak ke, dia luahkan je daripada biarkan bernanah memakan hati dan diri. *ayat novel tuh XD*. Tapi betul lah, kalau asyik pendam je apa-apa yang terbuku dalam hati, merajuk then merajuk lagi, nanti lama-lama terkumpul,kemudian meletup macam jerawat. Ouch sakit.
TAK SUKA SHOPPING SANGAT ATAU BIJAK BERSHOPPING bermakna kalau wanita-wanita ini mengajak kawan lelaki atau balak mereka untuk bershopping, mereka berkemungkinan kecil untuk membuang masa balaknya atau kawan yang menemaninya berjalan-jalan di shopping mall. Kalau si suami, dia tak kisah lah kot teman isteri bershopping sakan. Tapi kalau kuat sangat-sangat-sangat shopping, botak jugak kepala suami anda=p
*aku dengar, normal lah kalau perempuan bershopping sehari suntuk, tapi kalau lelaki bershopping sehari suntuk untuk diri sendiri, itu rare case=p*
Bagi bijak bershopping pula, walaupun wanita ini bershopping sehingga 3 4 5 6 jam pun, tapi barang-barang yang dia beli tu atas dasar keperluan, bukan "wah keluaran terbaru, mesti beli!". Kalau yang ni, takde hal lah nak teman shopping pun:)
MERIAH bermakna tidak membosankan dan selalu ceria. Walaupun ada masalah, dia tidak menghebahkan kepada satu dunia "tolong, aku baru lepas clash" atau "tolong, aku sedih sebab handbag yang aku nak beli dah sold out" ke. Bila kawan kita meriah dan ceria, kita pun rasa happy dan lupa sekejap masalah kita. Nak bergurau pun rasa selesa je.
Ok ok tamatlah ulasan pada malam ni ye. Tapi apa-apapun, carilah yang elok agamanya:)
Segala yang tertulis di atas hanyalah pendapat peribadi saya dan kawan saya sahaja dan tiada kena mengena dengan yang hidup apatah lagi laa yang dah meninggal tu. Peace XD
oh. aku ingatkan, lelaki suka perempuan manja dan menggoda. bukan ka?
ReplyDeleteoh..depends la kot. lain orang lain citarasa kot. kat atas tu aku punya opinion ja:D
ReplyDelete