Pages

Aug 26, 2010

Kenapa aku single?

Soalan:
"Ko dok kat US tu, dah ade girlpren belom?"

Sekarang aku ada empat pilihan jawapan. Cis. Macam Who Wants to be a Millionaire la pulak.

1. "Heh muka aku ni mana market kat sana beb. Ramai lagi mamat lagi hensem daripada aku kat sana.."
2. "Mak aku tak kasi kot....."
3. "Aku nak belajar sampai dapat degree dulu. Once dah dapat degree, kerja mantap-mantap, aku baru nak petik jari je, 10 orang dah datang keliling pinggang"
4. "Buat pening je kepala kalau ade awek ni. Kawen terus lagi best!"

Psst...Sebenarnya, ak memang malas nak ade awek XD. Tapi takkan nak jawab camtu je. Bosan ah member aku mendengarnya. Mari kita pilih jawapan yang paling banyak aku nak hurai.

Er, boleh saya guna talian hayat? 50:50.

Jadi dua daripada empat jawapan pon terpadam..jeng jeng jeng!

1. "Heh muka aku ni mana market kat sana beb. Ramai lagi mamat lagi hensem daripada aku kat sana.."
2. "Mak aku tak kasi kot....."
3. "Aku nak belajar sampai dapat degree dulu. Once dah dapat degree, kerja mantap-mantap, aku baru nak petik jari je, 10 orang dah datang keliling pinggang"
4. "Buat pening je kepala kalau ade awek ni. Kawen terus lagi best!"

Aku padam jawapan pertama sebab..SAPA cakap muka aku tak market?? Eh, takde pulak? Lari ah tu.
Aku padam jawapan kedua sebab... mana aku pernah menggedik tanya mak aku "mak, nak kapel boleh tak?"

Tinggal la dua jawapan.
.
.
.
.
Haa! Aku pilih jawapan keempat! Konfem betul ah beb. Sebab aku lah host, aku jugak orang yang menjawabnye...kalau pilih jawapan ketiga, nampak macam aku ni nerd sangat lah pulak kan.

Kiranya aku ni single sebab taknak pening kepala ada awek. Tapi kenapa pening kepala kalau ada awek? Benarkah? Apa kejadahnya semua ini? Konspirasi belaka? Mari aku cerita sikit apa susah payahnya ada awek ni.

Benda pertama aku nak soal:


Suka=sayang=mesti couple.
Itukah alasan korang untuk berkapel? Ya? Haa kalau macamtu awal-awal lagi aku cakap ni, kepala otak aku fikir lain sikit daripada apa yang korang fikir. Kepala aku cakap:

Suka=sayang=tak couple pun takpe=sabar tunggu kawen, lagi best.

Jadi marilah kita anggap ni hanyalah pendapat peribadi aku eh. Aku juga tak mahu ulas persoalan "dah tu kalau dah cinta, suka, dan sayang, kenapa tak kapel pulak?" sebab aku boleh tulis satu entri lain yang berjela-jela untuk jelaskan jawapan aku. Peace.

Jadi aku pun dan perhatikan beberapa masalah dengan berkapel ni, dan perkara-perkara yang aku nak cakap kat bawah ni adalah antara sebab-sebab aku takmahu ada gf.

SATU
Kalau dapat awek yang cemburu.......nak bukak facebook pun jadi malas. Ym pun nak invi je memanjang. SMS kat handphone tu malas sangat nak dibaca.

Perkara-perkara yang selalu disoal atau ditulis dalam sms, ym, atau facebook oleh seorang awek yang cemburu:
"U katne? Dgn sape?"
"Apasal tak reply komen I kat wall? Orang lain u komen lak.."
"U dok asyik komen-komen dengan sape tu?"
"I nak u kurangkan sikit dengan kawan-kawan perempuan u yang lain"..

Jawapan cadangan aku la kan...:
"Tesco. Dengan mama I"
(takyah jawab)
(soalan ni pun takyah jawab jugak)
"Kita break je ah!"

Senang cita kan? Kepala tak serabut. Nak keluar sana sini pun tak perlu orang lain nak check 100%. Tu baru kapel. Kalau kahwin nanti camne?

DUA
Takmahu facebook aku jadi tempat bermadah asmara secara berlebih-lebihan. Kang member aku semua geli nak tengok profile facebook aku, apatah lagi aku geli nak login facebook sendiri. Tiap-tiap kali, tiap-tiap hari bukak fb je nampak benda2 camni kang:

"Honey, I shuke la jumpew u tadi! hikhikhik...thanks darl.muahxxxxxx"
"bucuk! online lerw cepat!"
dan pelbagai lagi wall post yang sewaktu dengannya yang aku taknak listkan sebab taknak muntah sia-sia je.

Ok. Serius aku akan remove wall post tersebut kalau aku nampak ada kat wall aku. Aku tengok suami bini yang dah ada facebook, takde pun gedik camtu. Cis.

TIGA
Tak mahu facebook aku jadi medan perang dunia ketiga kalau bergaduh dengan awek. Masa happy, wall facebook aku tu nampak macam taman. Aman je. Tapi masa gaduh........

"Jantan tak guna! MENCI MENCI MENCI!"
"Aih sayang, taknak marah-marah lagi ke?"
"I tak pecaya lagi jantan macam U!!!!!"

ataupun status facebooknya akan bertukar menjadi:
"Heartbroken..T.T" (ni taktik mintak pujuk atau nak suruh bf mengalah)
"Guys are all the same!" (dah tu ko nak kapel gak sapa suruh)
"Single is simple!" (pastu esok lusanya manja-manja balik.cis!)
"If i know that knowing u would give me bla bla bla" (panjang sangat sampai aku pun tak mampu nak ingat)

Gila kecoh jugak kan.
Ok tadi aku baru remove wall post. Jap lagi aku remove friend pulak kang.

Hmm tadi bermanja berlebih-lebihan. Sekarang gaduh macam perang dunia. Orang yang dah mabuk sangat dengan cinta, kadang-kadang boleh keliru yang masa salah yang mana benar.Time camnilah kawan perlu memainkan peranan untuk menyedarkan kembali rakan kita yang mabuk todi cinta tu ye.


EMPAT
Aku taknak rosakkan anak orang. Serius. Ilmu kat dada aku ni cetek lagi, ada hati nak main-main cinta. Silap bermain kang, makan diri aku sendiri. Meh aku nak tunjuk satu pic..

Tu tangan. Saling berpegangan.

Aku nak tanya la kan. Agak-agak berapa ramai orang zaman sekarang kalau dah suka, then wajib bercinta, then wajib jugalah berkapel, then once dah kapel wajib pegang2?

"Kolot lah kau!"
"Alah, ko jangan nak bajet baik. Macam aku tak kenal ko"
"Alah.Pegang tangan je pun"

Kot ye pun seseorang tu dulunya pernah buat silap yang sama, janganlah dihentam dan dihalang usahanya untuk berubah menjadi lebih baik. Kesilapan dulu dijadikan pengajaran bersama, bukan dijadikan modal untuk jatuhkan member.

Eh.Cop!

Cis. Syaitan yang kerjanya menghasut manusia dah dirantai kot bulan puasa ni. Mana datang suara-suara tersebut?

Ok, aku baru terbaca semalam dekat suratkhabar mana tah bahawa lelaki yang meluangkan masa 10 saat setiap hari untuk memeluk isterinya akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih tinggi. (Aku lupa source. Silakan google kalau korang berminat nak tahu lebih eh). Memang menurut kajian saintis pun, sentuhan kulit berlainan jantina ni mampu meransang badan kita untuk merembeskan hormon-hormon tertentu dan akan memberikan suatu kesan macam "wah bestnye mengalahkan minum neskafe time musim sejukkkk!".

Tapi..tapi..Halalkah dia untuk kau pegang?

Lupakah korang, apa panduan hidup korang?

"Kitorang hold hands sebab....kitorang sayang each other lah!"
"Salah ke? Bukan pun I apa-apakan dia pun"
dan pelbagai alasan lain.

Tapi jangan lupa, kalau akal fikiran di dijadikan sebagai kayu ukur dalam menentukan hukum-hukum hidup, aku jamin, hancur hidup kita, sebab tiada satu pun agama ideologi (yang berdasarkan pemikiran manusia) adalah sempurna.
Tak kira walaupun pemikiran kita hebat setakat mana pun, tapi kalau tak berpandukan ajaran agama, pasti akan dipesongkan oleh syaitan.

Aku pernah terbaca ayat ni: "Manusia yang dibutakan kerana cinta adalah manusia yang tidak menjadikan agama sebagai cara hidupnya".(Cara hidup, bukan sekadar belajar, tapi aplikasikan ilmu).

Aku sedar aku ni kurang macam-macam ilmu. Kalau aku kapel, syaitan pun taklah susah sangat nak goda. Malahan once lelaki dan wanita dah berkapel, akan terbuka la macam-macam pintu untuk syaitan kacau dan hasut mereka.

Aku yang dah tak berapa baik ni takmau ah menjadi perosak akhlak gadis yang baik.

Akal fikiran dan logik semata-mata tak boleh digunakan untuk mencorakkan agama, tapi agamalah yang sepatutnya kita gunakan untuk mencorak akal fikiran kita.

Jadi untuk apa aku perlukan gf?

Manja-manja? Save that untuk kawen.

Untuk tujuan-tujuan lain macam borak2 ke, share problem ke, share benda happy ke, lepak2 atau jalan2 ke, aku dah ada kawan-kawan dan beberapa orang bf. Cukuplah tu.

er..bf adalah bestfriend ok.

Selamat berbuka.


psst. aku bermati-matian reka skrip sendiri sebab nak jadikan post ni bebas daripada merujuk kepada sapa-sapa yaa.. dan kawan aku tanya mana button like. ni haa kat bawah. jaga kau kalau kau tak like sebanyak mungkin!=p

7 comments:

  1. omg. aku suka point no 2. aku ingt aku ja yg x normal sbb x suka camtu. heh.

    bg aku, xda point weh nk show off segala bagai kt fb. kalau syg, biaq ja la sama2 ja tau. kalau dah semua org tau, xdak speselnya lagi. *in case kalau depa tgh bercinta*

    in case yg x tgh bercinta *uhuk*macamaku*uhuk* nih, simpan sorg2 tuh lebih manis lagi. ha ha ha. wtheel aku menjiwang kt kumen ang nih.

    ok. bai.

    ReplyDelete
  2. hahaha oh itu dia luahan hati daripada pemanggil yang pertama.

    ReplyDelete
  3. alamak lupa nak letak. jap lagi ko datang balik, ada la tu okeh:p

    ReplyDelete
  4. cmne ko ltk button like tu? kagumlah..

    ReplyDelete
  5. "Honey, I shuke la jumpew u tadi! hikhikhik...thanks darl.muahxxxxxx"

    omaigoddd, gedik gila bunyi, hahahahh, pandai u reka eh? or uve come across such status at fb? =)))))

    anyway, before kahwin kalau couple couple ni, menyusahkan kepala je, nak jaga hati orang tu la, salah sikit semua nak sensitive ~_~ bercinta lepas kahwin is the best and mendapat keredhaan Allah, bahagia dunia akhirat insyaAllah ;]

    ReplyDelete
  6. reka kot. tapi macam pernah jumpa jugak wall post begitu. ade je, cuba mazni cari dan cari, rasa2nye konfem jumpa ayat camtu=p

    btw bagus ah kalau fikir camtu:)

    ReplyDelete