Ya acapkali kita dengar kutukan dan tohmahan dari pelbagai pihak berkenaan budaya sonsang yang dibawa oleh drama, filem, dan program dari Barat. Tapi, adakah kita yakin bahawa budaya dan cara hidup para Mat Saleh ini sonsang belaka?
Adakah kita melemparkan tohmahan berdasarkan apa yang kita nampak sahaja, tapi bukannya realiti sebenar di negara-negara Barat?
Haih. Sejujurnya, saya nak nyatakan bahawa dalam banyak aspek, Mat Saleh ni LEBIH sopan daripada sesetengah masyarakat Melayu kita ni (abaikan la cara berpakaian mereka. Kita yang Melayu dan beragama Islam ada cara berpakaian kita sendiri). Benar benar ini bukan gurauan atau tipu-tipuan. Bukan juga dusta atau nista ya hadirin sekalian.
Eh jangan marah jangan timbul amarah. Mari kita cuba kupas isu ini dengan fikiran terbuka. Lupakan ego, rendahkan hidung, dan bukalah pintu hati. Biarlah dari mata yang membaca turun ke hati, bukan dari mata turun ke mulut, kemudian mulut memaki hamun post ini.
*siaran lansung dari dalam sebuah kenderaan yang tengah berada atas jalan raya*
Tengah elok-elok bawak kereta lorong kanan, tiba-tiba lori dari belah kiri potong depan tanpa bagi signal. Gile apa. Kalau kereta tu berada betul-betul sebelah lori tu, maunya kereta tu penyek bak tin sardin kosong.
Tuan-tuan dan puan-puan yang ada lesen memandu dan sedang memandu, ingatlah apa gunanya syarikat kereta tu letak sebijik lampu kecil warna oren dekat belah kiri dan kanan kenderaan anda. Itu namanya, lampu isyarat. Mari saya tunjuk macamana rupanya lampu isyarat ni kalau ada la siapa-siapa tak tahu.
Ha belah kiri dan kanan bawah warna oren. Itulah lampu isyarat.
Ape fungsinya? Kalau orang dah bagi signal nak ke kiri atau ke kanan, apa salahnya kita bagi jalan kepada kereta tersebut. Berdosakah kalau kita bertolak ansur? Inikan tidak. Makin saya bagi signal, makin laju kereta dia nak halang daripada saya membelok. Lepas tu, kena hon pulak!
Jarang saya jadi geram apabila memandu kenderaan di US berbanding di negara sendiri. Semua orang boleh ada lesen, tapi tak semua orang yang ada lesen reti nak bersopan di Malaysia.
Ok mari tutup tentang keadaan di jalan raya. Sekarang, di gerai-gerai kecil yang menjual aksesori seperti kaca mata, beg-beg dan sebagainya.
Saya berjalan, dan berjalan, dan berjalan memandang ke kiri dan kanan. Banyak benda menarik. Lalu saya behenti seketika mencuba kaca mata yang membuatkan saya nampak semakin hensem untuk beberapa saat. Setelah mencuba beberapa kacamata, pekedai tersebut datang dengan muka mesraaanya dan berkata "encik, nak beli ke taknak?"..
Apakah?
Kenapa? Berdosakah aku mencuba dan mencuba kacamata sebagai seorang pelanggan? Kenapa "encik, nak beli ke taknak?", bukan "okay, just let me know if you have any question"? Sikap sesetengah peniaga di sini membuatkan aku kadang-kadang lebih selesa membeli belah di negara orang. Mesra layanannya. Sentiasa senyum. Kalau tak senyum, tak ada lah nak buat muka masam. Saya bukannya nak anda senyum 24 jam, tapi janganlah bermasam muka di hadapan pelanggan.
Sewaktu nak masuk kedai,
"Hye, how are you doing? Is there anything I can help you with?"
Then time nak keluar dari kedai,
"Have a nice day!".
Walaupun dalam kenderaan awam seperti bas atau teksi, sewaktu nak turun daripada bas/teksi tu, rata-rata Mat Saleh ni akan ucapkan selamat tinggal, "have a good one", ataupun yang sewaktu dengannya. Di Malaysia, cukuplah kalau ucap "terima kasih" sahaja. Tapi, itupun kalaulah pemandu tu ucap "terima kasih" la.
Susah sangatkah mahu berterima kasih kepada pelanggan?
Adakah dengan mengucapkan terima kasih, mulut anda akan bernanah-nanah keluar bisul kemudian menjadi bisu selama-lamanya? Tidak tidak tidak, insyaAllah. Kalau bersopan santun, agaknya lagi ramai orang mahu berurus niaga dengan kita. Tak gitu?
*terharu gua lu ucap terima kasih.ha ha*
Kadang-kadang lebih tenang hati bila membeli belah dan berurusan dengan Mat Saleh. Sopan. Berbudi bahasa. Psst, bukan di negara Barat je lah orang bersopan ni. Dekat Korea pun, sewaktu saya nak turun dari bas, pemandu bas tu siap turun bawah, tunggu sebelah pintu keluar, kemudian tunduk kepada para penumpang bas. Bagus bukan kalau budaya Timur seperti itu ada di negara sendiri?
Jadi, manakah hilangnya budaya ketimuran kita? adakah sesetengah masyarakat melayu kini punya adab bukan lagi sebagai melayu yang Islam?
Baiklah. Lihat-lihatlah artikel ini dan renung-renungkanlah ke mana hilangnya budaya sopan santun yang dianjurkan oleh Islam dalam masyarakat kini.
Oh, saya bukannya nak cakap semua orang di negara sendiri dah hilang adab. Paham-pahamlah yang saya cuma tujukan kepada segelintir sahaja.
Kesimpulannya, perkara baik yang dibawa oleh Mat Saleh, contohilah. Janganlah mencari perkara buruk yang dibawa oleh mereka, (pergaulan laki pompuan, cara berpakaian) dan sibuk nak contohi perkara-perkara macam tu pula. Yang baik diikut, yang tak elok, jangan diikut.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan bagi kawan-kawan yang masih bercuti, cutilah puas-puas:D


kenape aku mcm ade nmpak similarity dengan satu lagi blog budak ub erk pasal post ni?
ReplyDeletehurmmm
oo. takde kaitan ah. aku memang dari dulu terfikir nak tulis pasal ni.
ReplyDeleteselamat beramal bobi..:)
ReplyDelete