Pages

Aug 21, 2010

Menatang Peliharaan

Salam.

Anak-anak pernah ada haiwan peliharaan? Kat dunia ni atok dengar manusia ada yang pelihara tikus la, kumpul semut la, ular la, rimau singa gajah dan apa-apa lagi lah yang tak terfikir pon atok nak pelihara.

Meh sini anak-anak, atok nak cerita sikit ni.

Nak dijadikan cerita, atok masa muda-muda dulu ada jugak la pelihara beberapa ekor menatang. Takda lah beberapa sangat. 22 ekor kucing je kot. 22 ekor kucing,  penuh kawasan depan rumah. Kadang-kadang nak berjalan pun susah, takut terpijak, ada yang mati terpenyek kang. Atok dulu pun takde lah kurus gila. Berisi jugak. Kalau terpijak kucing tu, boleh jadi nipis macam roti canai ah.

Atok ingat lagi nama-nama beberapa ekor kucing atok dulu. Kucing first yang atok bela, nama dia Hitam.
Bapak seram beb kalau betul-betul kaler mata dia camni. Memang aku terus buang awal-awal ah.haha

Badan tough. Kaler hitam legam. Tapi sayang satu hari kaki kena pijak dek kereta. Start hari tu, dia jadilah Hitam si Tempang. Dah macam nama superhero la pulak. Dia ni jantan, tapi kuat cemburu ooh. Bila mak atok bawak balik kucing baru, Hitam ni jeles! Dia marah kat kucing baru tu. Haih, Hitam, apa ni. Jeles ko mengalahkan kucing-kucing betina lain daaa. Tapi Hitam ni sengal jugak. Punyalah tiap-tiap kali habis makanan, kitorang belikan Friskies, tapi KATAK BERACUN jugak dia pergi makan! Dan berakhirlah hayat Hitam si Tempang yang Makan Katak Beracun. Kesian betul...isk.

Walaupun sekor dah mati, tapi ada banyak ekor lagi yang masih hidup haa. Atok ingat, atok ada sekor kucing ni, atok panggil dia Bosnia, sebab putih macam orang kat Bosnia tu haa. Tapi dia bukan la datang dari Bosnia pon. Kucing Siam je pon. Dekat ja.haha..

Bosnia ni, rupa-rupanya jantan! Atok ingatkan betina mula-mula. Cantik sangat kot. Ok kat atas tu bukan gambar Bosnia lah for sure, tapi anak-anak boleh la anggap yang Bosnia atok ni secun meletup macam dalam gambar kat atas. Nak dijadikan cerita sedih tragis, satu masa tu atok dengan family atok pergilah melancong ke Indonesia untuk seminggu dua. Bila balik je dari Indon, Bosnia atok dah kena culik. Culik beb! Kalau kucing ni berjalan jauh-jauh, dia pasti akan cari jalan pulang. Tapi ni sah kena kidnap! cis kau penculik. Atok dengan keluarga atok pon sedih jugak lah sebab kehilangan kucing kitorang yang paling hot.

Tapi, lepas berbulan lamanya, muncul seekor kucing sebijik macam Bosnia. Kucing ni pulak macam kucing jelmaan syaitan beb. Apasal atok cakap macam tu? Nafsu serakah dia macam haram! Kerja dia nak mengawan ja dengan kucing-kucing atok yang lain. Habis sekor-sekor bunting. Kalau manusia, aku dah hentam dah. Nasib baik ko kucing.

Atok pon hairan, mana munculnya jelmaan Bosnia yang dah macam perogol bersiri ni. Kucing-kucing atok yang lain selalu ja kena gangguan seksual. Bosnia ni, badan dia tough jugak. Tinggi dan panjang. Kalau time bergaduh, dialah samseng yang digeruni. Oleh itu kucing-kucing jantan atok selalu kalah sewaktu cuba mempertahankan maruah kucing-kucing betina atok yang lain.

Atok tak tahan. Lalu atok pon pergilah jadi spy sambilan. Oh truth hurts. Rupa-rupanya Bosnia gila ni pulang ke satu rumah tak jauh daripada rumah atok. Dah la selama ni rumah tu tak pernah ada kucing pun! Lalu atok buat kesimpulan bahawa Bosnia atok dahulu yang hot (walaupun jantan) telah diculik dan dikurung sehingga jadi gila sampaikan telah menyebabkan kucing-kucing betina di rumah atok bergilir-gilir melahirkan anak diorang. Cis.

Kucing-kucing atok ni, kalau nak diceritakan setiap sekor, memang atok boleh buat novel. Jual kat pasaran, boleh laku la kot. Jadi cukuplah ceritakan pasal dua ekor kucing atok yang paling awal atok bela. Kalau korang nak tahu, kucing-kucing lain bersama anak-anak kucing tu semua mati kena wabak. Kesian ooh.
Setiap seekor time tu kena Feline Respiratory Disease. Atok ingat lagi, demi nak menyelamatkan sekor kucing atok ni, atok terpaksa buang dia jauh-jauh supaya dia tak mati dek penyakit tersebut. Oh satu saat yang tak menggembirakan lansung.

Atok ada jumpa satu video kat youtube ni haa.Anak-anak tengoklah. Comel jugak kucing dalam video ni.



Sekarang kalau balik US, syukur jugak la ada Cik T. Terubat sikit rindu atok nak bela kucing:D

2 comments: